Perkongsian Maklumat Terkini dan Terhangat
Media Online Terbaik dan Terhangat
Dapatkan Informasi Semasa Dari Kami
Informasi Pelbagai yang Dikongsi Untuk Semua
Dapatkan Koleksi Gambar dan Video Terkini
Showing posts with label Ustaz. Show all posts

Hukum Berjimak Selepas Habis Haid Tanpa Mandi Wajib

Salam...

Soalan :
Ustaz apa hukumnya berjimak sebelum mandi wajib. Adakah berdosa ustaz?
 


Jawapan :

Berdasarkan soalan yang diutarakan kepada saya, ada dua maksud kepada soalan anda iaitu wanita yang kering daripada haid belum mandi dan berjimak kali kedua sebelum mandi wajib. Jadi saya akan terangkan dua-dua perkara ini bagi memenuhi maksud anda yang tidak sampai pada soalan yang diutarakan.

Berjimak Sebelum Mandi Haid

Isteri yang baru habis haid dan belum mandi wajib dikira sebagai tidak bersih dan haram melakukan jimak kepada isteri dalam keadaan sebegini. Mengikut Mazhab Syafie wanita yang dikira suci daripada haid adalah bermula selepas ia mandi hadas dan bukan daripada berhenti darah haidnya. Lagipun berjimak semasa isteri belum suci daripada haid atau belum mandi hadas sangat dilarang Islam, kerana ia adalah perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Jelas di sini, setiap isteri yang habis haid mesti mandi hadas dan suci daripada haid sebelum melakukan hubungan jimak bersama suaminya. Batas suci bagi wanita haid adalah bermula daripada selepas ia mandi hadas.

Berjimak Kali Kedua Sebelum Mandi

Berjimak kali kedua sebelum mandi hadas jimak pertama, perbuatan sedemikian dikira makruh. Jadi terlebih baik ia hendaklah mandi hadas terlebih dahulu dan jangan dilengahkan mandi tersebut kerana perbuatan melengahkan juga dikira sebagai makruh. Sekiranya tidak larat atau tidak mampu mandi pada waktu malam, maka disunatkan suami dan isteri membasuh kedua kemaluannya dan mengambil wuduk dan diteruskan tidur dan awal pagi mandi hadas sebelum melakukan solat subuh. Boleh juga mandi pada waktu malam selepas melakukan jimak kerana perbuatan ini juga adalah sunah Rasulullah dan dikhuatiri terlewat Solat Subuh disebabkan mandi hadas.

Bagaimana berlaku jimak beberapa kali perlukah mandi wajib mengikut jumlah perbuatan jimak? Jawapannya tidak perlu, cukup sekali mandi sahaja sudah memadai dan sudah terangkat semua hadas yang ada pada diri.


-
Sumber


Read more

Hukum Pancut Luar Semasa Jimak Dengan Isteri


Soalan :

Assalamualaikum Ustaz

Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya.

1. Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?

Saya harap dapat kiranya Ustaz memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin.


Jawapan :

Wa’alaikumussalam,

Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).

Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.

Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.

Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa.

Wallahualam.

-
Sumber


Read more

Jenis-Jenis Penyakit disebabkan oleh Makhluk Halus


Soalan


Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.

Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.

Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

Sumber: Harakahdaily


Read more


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!