Perkongsian Maklumat Terkini dan Terhangat
Media Online Terbaik dan Terhangat
Dapatkan Informasi Semasa Dari Kami
Informasi Pelbagai yang Dikongsi Untuk Semua
Dapatkan Koleksi Gambar dan Video Terkini

Pakaian Bersesuaian Bentuk Tubuh

Pakaian Bersesuaian Bentuk Tubuh



Tidak memiliki tubuh yang sempurna bukanlah bererti anda tidak layak bergaya dan tampil menarik. Jika anda berkeupayaan untuk mengenali bentuk tubuh dan bijak menyuaipadankannya, anda pasti akan kelihatan sempurna dan ini secara tidak langsung akan menambahkan keyakinan diri anda. Berikut adalah informasi tentang bentuk-bentuk tubuh wanita serta pakaian bagaimana harus anda pilih.

1. Tubuh Buah Pir


Iaitu bahagian bawah lebih besar dari bahagian atas (full hips figure). Untuk bentuk badan jenis ini fokuskan sahaja pada bahagian bahu, dada atau pinggang untuk memberi kesan seimbang antara tubuh atas dan bawah.

Hindari:


Pakaian dari bahan stretch yang terlalu ketat di tubuhdan baju yang jatuhnya di atas pinggang (cropped top)


Sebaiknya:


Pilihlah gaun panjang yang berpotongan A dengan leher V atau oval (scoop-neck). Pilih pakaian dari bahan yang lentur namun tidak kaku. Pakailah kain midi berpotongan A untuk menutupi bahagian bawah tubuh yang besar.


Cubalah:


Warna-warna terang, motif memikat dengan tekstur yang unik untuk pakaian bahagian atas sahaja, misalnya kemeja dan kot. Berttahanlah dengan warna-warna neutral atau gelap, serta motif yang sederhana untuk kain dan seluar. Beri detail pada tubuh di bahagian atas, bagi mengalihkan perhatian dari daerah pinggul yang lebar. Contohnya dengan menggunakan simpulan pada leher baju atau frill di bahagian dada.

2. Tubuh Buah Epal


Iaitu bahagian atas lebih besar dari bahagian bawah (large chest figure). Alihkan perhatian ke arah tubuh bahagian bawah. Baju bertali berpotongan atas punggung dan seluar panjang ala bootcut yang aksi dapat membantu menyembunyikan bahagian atas tubuh yang besar, sekali gus menyeimbangkan tubuh atas dan bawah.

Hindari:


Baju atau gaun panjang dengan potongan leher yang terlalu rendah. Kain berpotongan A atau yang melebar di bawah (bias-cut). Tambahan aksesori atau gaya di bahagian pinggang dan pinggul, ikat pinggang akan membuatkan dada dan bahu kelihatan semakin bidang dan besar.


Sebaiknya:


Pilih baju atau gaun panjang berleher tinggi, bulat atau kotak. Pilihlah kain gaun panjang atau seluar panjang berpotongan lurus (slender-cut). Bertahanlah dengan warna-warni neutral atau gelap untuk pakaian bahagian atas. Jika ingin bermain dengan warna dan motif cubalah untuk bahagian bawah sahaja. Dengan demikian, fokus tidak terus mengarah ke bahagian atas tubuh.


Cubalah:


Baju dengan penggayaan di bahagian depan yang dapat menyembunyikan tubuh bahagian atas yang besar contohnya dengan gaya simpulan tali atau ruffles di leher. Pakaian dengan detail di bahagian bawah membantu mengalihkan perhatian dari daerah atas tubuh. Misalnya, kain berlipat, kain bermotif atau seluar panjang dengan renda di bahagian bawah.

3. Tubuh Atlit


Untuk tubuh yang kurus, tinggi dan sasa (boyish figure) cubalah mengenakan pakaian yang tepat. Misalnya baju berleher V. Gayaan tali di pinggang memberi kesan tubuh langsing dan professional.

Hindari:


Pakaian berpotongan kotak dan terlalu longgar (shape less).


Sebaiknya:


Bermainlah dengan warna sehingga tubuh tampak semakin berbentuk. Pilihlah pakaian yang memperlihatkan pinggang dan pinggul.


Cubalah:


Baju berleher V atau memanjang bertujuan mengalihkan perhatian dari daerah pinggang dan pinggul yang ‘kurang berisi’. Ciptakan lurah pada tubuh anda dengan menambah gaya di daerah pinggang. Misalnya, ikat tali pinggang rantai bagi menonjolkan pinggul.

4. Tubuh Kurus


Tip berpakaian bagi tubuh jenis ini hampir sama dengan tip tubuh atlet. Bezanya, tubuh jenis ini memiliki lingkar atau ukuran dada, pinggang dan pinggul yang kecil dan kurus (lean & shapeless figure). Untuk menambah volume pada tubuh, cubalah bermain dengan warna atau motif yang berani. Contohnya, gaun panjang berleher halter motif jaring labah-labah (spider web) yang menarik.

Hindari:


Pakaian yang besar dan longgar. Kain berukuran lurus atau mengecil di bawah (pencil skirt).


Sebaiknya:


Pakai baju yang jatuhnya cukup-cukup di badan namun tidak terlalu ketat sehingga menampak kekerdilan dan tulang rangka anda. Pilih kain berpotongan A atau melebar di bawah (bias-cut).


Cubalah:


Bermain dengan warna dan motif yang menarik untuk membuat tubuh tampak lebih bervolume, contohnya mengenakan baju dengan frill di bahagian dada.

5. Tubuh Besar


Jika anda mempunyai tubuh besar namun cukup profesional, hindari pakaian yang diperbuat dari bahan stretch yang keterlaluan. Fokuskan perhatian pada bahu atau bahagian bawah kain, misalnya gaun panjang berwarna gelap dengan gaya di sekitar leher.


Hindari:


Baju atau gaun panjang berleher bulat. Baju berlengan pendek atau kain yang terlalu pendek dan kembang. Pakaian yang terlalu ketat.


Sebaiknya:


Baju atau gaun panjang dengan leher memanjang (slash-neck) atau model perahu (boat-neck), untuk memberi kesan seimbang antara tubuh atas dan bawah. Pakailah baju tanpa lengan yang mempamerkan bahu dalam potongan yang tegas dan bersih. Pilihlah pakaian dari bahan yang agak kaku namun melentur.


Cubalah:


Bertahan dengan warna gelap atau neutral, dalam motif yang sangat minimum. Jika ingin mencuba warna terang dan berani, padankan dengan warna yang neutral atau gelap agar tubuh nampak professional. Jika ingin memakai seluar panjang kenakan seluar berpotongan lurus dan agak longgar dalam warna yang gelap. Dengan begitu, tubuh akan tampak lebih langsing dan panjang.

Yang manakah pilihan anda??



Mummy Ceria


Read more

Bila Perlu Tukar Timing Belt Kereta



Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.

TIMING CHAIN

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.

Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.

TIMING BELT

Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.

Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.

Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

** timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.

BAHANA KARBON DALAM ENJIN!!

Karbon yang terbentuk dalam enjin kereta sekiranya dibiarkan menebal akan membuatkan ::

1. Penggunaan minyak kereta anda bertambah
2. Kereta jadi kurang pick-up (kurang kuasa pecutan)
3. Kereta tersengguk-sengguk ketika menaiki bukit
4. Susah hendak dihidupkan terutama semasa enjin sejuk
5. Enjin terasa berat
6. Bunyi bising dan gegaran yang kuat pada enjin

Bertindak sekarang!!

Kredit dari Tranungkite.net


Read more

Mudahnya Mati - Tercekik Kek Beras


Tokyo: Sembilan orang dilaporkan mati tercekik selepas makan kek beras tradisional ‘mochi’ ketika sambutan tahun baru di Jepun.

Di Tokyo sahaja, 18 orang dihantar ke hospital akibat sesak nafas selepas menikmati makanan itu, tiga daripadanya mati.

Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, jumlah kematian akibat kek beras di seluruh negara meningkat sembilan orang pada Jumaat, manakala 13 lagi berada dalam keadaan kritikal.

Sambutan tahun baru - antara cuti terbesar di Jepun -biasanya diraikan keluarga di Jepun dengan menyediakan sup ‘ozouni’ yang dimakan dengan kek beras.

Jabatan bomba menasihati orang ramai supaya memotong kek beras menjadi kepingan kecil terutamanya untuk warga tua dan bayi bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Kematian akibat tercekik kek beras berlaku setiap tahun. - AFP


www.isuhotsemasa.blogspot.com


Read more

Ramai Minta Saya Coretkan Tentang Anjing - Dr Asri


KUALA LUMPUR: "Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim," tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam tulisan menerusi facebook semalam, bekas Mufti Perlis itu menyatakan ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam dan ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.

"Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi," tulisnya lagi di bawah tajuk 'Anjing dan isu masyarakat Malaysia' sebagaimana di bawah.

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.




Read more

20 Tanda Seseorang Lelaki Itu Dicintai Jin Betina





Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.

Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.

Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin betina mencintai lelaki dari kalangan manusia.

Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang lelaki itu telah dicintai oleh jin betina.

Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.

Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.


Read more

20 Tanda Seseorang Wanita Dicintai Jin Jantan



Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.

Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.

Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin Jantan mencintai wanita dari kalangan manusia.

Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang wanita  itu telah dicintai oleh jin jantan.


1) Anda selalu akan bermimpi didatangi oleh lelaki. Lelaki itu pula boleh jadi lelaki yang anda kenali dan boleh jadi anda tidak kenal. Tetapi ada satu ciri atau persamaan terhadap lelaki yang datang dalam mimpi anda, iaitu semuanya dalam rupa bentuk yang menarik atau 'hensem'.

Dalam mimpi itu anda dan lelaki tersebut mungkin sekadar berpandangan seperti kali pertama berkenalan atau bercinta. Dan boleh juga dalam mimpi tersebut anda telah melakukan hubungan kelamin dengan lelaki tersebut.

2) Jika jin jantan itu merupakan saka keturunan, maka anda akan bermimpi didatangi lelaki sejak dari kecil lagi. Kebiasaannya kalau melibatkan jin saka rawatannya sangat susah kerana ianya sangat degil dan cintanya terhadap anda sangat mendalam.

3) Kadang-kala anda akan didatangi sesuatu yang seperti makhluk ganjil, orang yang tidak dikenali dan boleh jadi rupa seperti suami anda. Kedatangannya ketika anda berada dalam keadaan antara jaga dan tidur, sedar dan tidak sedar. Ia mungkin hanya mendatangi anda, atau menggangu dan boleh juga sampai tahap melakukan hubungan kelamin. Kadang-kadang anda akan jadi seperti dipukau dan melakukannya secara sukarela dan boleh juga anda dirogol.

4) Kadang-kadang anda akan terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di bahagian kemaluan anda hingga menyebabkan kemaluan anda gatal atau menimbulkan perasaan berahi yang memuncak. Ini adalah antara yang menjadi sebab utama wanita jenis ini suka melakukan hubungan seks secara bebas, kerana tiba-tiba nafsunya memuncak.

5) Selalu atau kadang-kadang merasa sakit di bahagian kepala.

6) Anda akan menjadi mudah untuk jatuh cinta kepada mana-mana lelaki walaupun anda telah bersuami. Kecenderungan anda untuk berlaku curang adalah sangat tinggi. Anda juga mempunyai daya penarik tersendiri terutamanya kalau lelaki yang memandang anda juga mengalami gangguan jin.

7) Selalu atau kadang-kadang anda mengalami masalah untuk tidur dan pada sebelah siangnya anda berasa lemas.

8) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada sesuatu yang aneh berjalan di dalam tubuh badan anda. Atau anda terasa seperti sesuatu benda bergerak.

9) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada semacam seorang lelaki yang memandang dan memerhatikan gerak-geri anda dari sesuatu tempat.

10) Selalu berasa malas ketika ingin menunaikan solat. Seperti adanya halangan dan kadang-kadang anda akan sengaja melewatkan solat.

11) Tubuh badan anda akan selalu berasa lemas seolah-olah anda sangat letih tanpa sebab yang munasabah.

12) Kadang-kadang akan berlaku ketika anda dalam keadaan tidur dan jaga datang seseorang yang menyerupai suami anda atau makhluk aneh yang akan mengganggu atau cuba menyetubuhi anda.

Penting untuk diberikan perhatian bahawa kadang-kadang keadaan di mana jin jantan mencintai seorang wanita itu apabila suaminya ada jin di dalam badan samada kehadiran jin itu disebabkan suaminya mempunyai saka keturunan atau mengamalkan ilmu yang salah atau memakai tangkal.

Apabila wanita itu melakukan hubungan badan maka jin akan turut serta menyutubuhinya. Lama-kelamaan jin itu akan menjadi ketagih dan akan cuba menyetubuhi tanda dapat dikawal oleh tuannya. Inilah keburukan menjadikan jin sebagai pendamping.


Read more

Muflis Dicukur Gadis Lombok : ILMU HITAM

Muflis dicukur gadis Lombok
 

Dua tahun usia perkenalan dengan gadis Lombok bukan tempoh terlalu lama. Namun dalam waktu sesingkat itu Liana bukan saja berjaya mencuri hatinya, bahkan menyapu bersih seluruh hartanya sehingga dia diisytihar muflis.

Itulah nasib Hardi, penyelia kanan sebuah kilang di sini, menceritakan pengalamannya dikikis sampai licin oleh pekerja di bawah seliaannya.

"Saya tak tahu macam mana gadis kilang dari seberang itu berjaya mencuri hati saya, tiga tahun lalu. Saya tak menyangka boleh terjebak dengan cinta palsu Liana kerana sebelum itu ramai teman di kilang menceritakan dia senang dibawa sesiapa saja, asalkan `bayarannya' lumayan.

"Boleh dikatakan bukan hanya orang atasan boleh meniduri gadis kilang itu, bahkan sesiapa saja boleh mendapatkannya asalkan ada imbuhan.

"Mulanya saya sekadar mahu main-main tapi apabila ada seorang dua menceritakan kehebatan Liana, saya teruja," katanya.

Menurut Hardi yang berasal dari Pahang, baginya paras wajah Liana hanya biasa-biasa saja, tetapi keletah dan sikap manjanya menyebabkan dia berbeza dengan gadis lain.

"Tidak dinafikan ramai kakitangan pengurusan kilang, sama ada masih bujang atau berkahwin di tempat saya bertugas atau kilang lain, gemar berfoya-foya, menyebabkan saya terikut-ikut dengan rentak mereka.

"Saya berkongsi menyewa sebuah rumah bersama empat rakan. Bukan untuk dijadikan kediaman kerana saya ada rumah sendiri dan tinggal bersama isteri dan dua anak kami, sebaliknya hanya untuk membawa `kekasih gelap' kami bagi melampiaskan nafsu.

"Rumah sewa itu menjadi tempat saya dan Liana memadu kasih. Empat lagi rakan yang menyewa di situ turut membawa pasangan masing-masing. "Kebanyakan pasangan mereka ialah gadis kilang warga asing yang saya kenali, tapi saya tak kesah kerana saya pun buat `kerja' sama," katanya

Hardi berkata, pada waktu itu kebanyakan masa senggangnya dihabiskan bersama Liana, sama ada di rumah sewa atau pusat hiburan, sehingga lupakan anak dan isterinya.

"Sukar digambarkan kenapa saya terlalu angau dengan Liana. Mungkin layanannya lebih hangat daripada isteri. Saya benar-benar lupa pada anak dan isteri.

"Saya khayal dengan kehebatan Liana hingga langsung `buta' terhadap isteri yang setia walaupun kami baru empat tahun berkahwin," katanya.

Hardi mendakwa, ramai rakannya yang menjalin hubungan dengan gadis Lombok mengakui terpukau dengan kehebatan dan layanan mereka memanjakan dan membelai lelaki.

"Pada tahun kedua hubungan saya dan Liana, ingatan saya terhadapnya makin menjadi-jadi. Sehari tak melihat wajahnya boleh membuatkan saya tak tentu arah, sedangkan kontrak kerja Liana ketika hanya tinggal setahun sebelum berakhir.

"Apa saja dia minta pasti saya penuhi. Sebelum kontrak kerjanya tamat, saya menghamburkan hampir semua wang gaji saya kepadanya hingga terlupa membayar ansuran pinjaman kereta dan rumah.

"Saya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Duit nafkah kepada keluarga saya abaikan, langsung tak kesah kalau anak isteri terpaksa berlapar, malah kereta turut ditarik balik pihak bank kerana gagal membayar ansuran," katanya.

Begitupun, Hardi mengesyaki kekasih Lombok itu menggunakan ilmu hitam untuk mengikis wangnya. "Liana bukan calang-calang orang. Saya yakin dia ada `memakai' ilmu tertentu kerana setiap kali saya nak balik ke rumah untuk bersama anak dan isteri, dia tak menghalang.

"Namun hati ini langsung tiada keinginan untuk pulang. Makin lama saya `ingat-ingat lupa' pada isteri dan anak dan terus tinggal serumah dengan gadis Lombok itu.

"Bukan saya tak tahu halal haram perbuatan itu. Sebenarnya saya bekas penuntut dalam bidang syarie di sebuah universiti tempatan, tapi entahlah, ilmu agama itu terus saya lupakan ketika bersama Liana," katanya

Hardi berkata, dia hanya pulih apabila Liana kembali ke kampungnya di Lombok selepas kontraknya tamat.

"Ketika itu saya rasa ada sesuatu yang pelik kerana baru teringatkan anak dan isteri di rumah. Bahkan ingatan terhadap Liana luput begitu saja.

"Saya menyesal tapi semuanya sudah terlambat kerana diisytihar muflis oleh mahkamah manakala isteri pula minta cerai. Isteri tak mahu beri peluang kedua walaupun dipujuk. Saya kemudian dipanggil ke pejabat agama.

"Lebih memalukan, menerusi peguam yang dilantik, isteri membuktikan saya curang dengan Liana melalui rakaman video yang ditemui dalam telefon bimbit saya. Keputusan memihak kepada isteri, menyebabkan saya terpaksa melafazkan talak satu," katanya.

Selepas bercerai, hak jagaan dua anaknya diberi kepada bekas isteri yang kemudian membawa mereka pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu.

Kini, Hardi tidak punya apaapa. Cuma dia bernasib baik kerana permohonannya bekerja semula di sebuah kilang lain diterima walaupun bukan lagi sebagai kakitangan pengurusan.

"Saya kini pekerja kilang biasa dan hanya memiliki kapcai buruk untuk berulangalik di tempat kerja," katanya.

Hampir setahun bergelar duda, dia tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat, sekali gus memperbaiki diri mencari keredaan Ilahi.


www.memegempaq.blogspot.com


Read more

Pendatang Guna Ilmu Penunduk Kikis Mangsa



Pendatang guna ilmu penunduk kikis mangsa

Mereka masuk ke negara ini secara sah. Memiliki pasport dan permit kerja. Nawaitu asal mahu mencari rezeki lebih lumayan berbanding di negara asal. Namun sebaik bertapak di sini, segelintir wanita pekerja asing menyedari pendapatan mereka boleh dilipat ganda dengan menggunakan kemahiran menggoda lelaki tempatan, termasuk bos di tempat kerja.

Menyedari kehadiran ke negara ini sekadar mengumpul wang sebanyak mungkin sebelum kembali ke negara asal bagi menjalani kehidupan lebih selesa pada masa depan, mereka nekad melakukan kegiatan maksiat itu dengan matlamat `kikis sampai licin'.

Ikuti temubual wartawan dengan dua pekerja wanita dari Indonesia dan Vietnam dan pengalaman seorang lelaki tempatan yang menjadi `mangsa' gadis pisau cukur berkenaan.

KES 1

"Sejujurnya , ketika tiba di Malaysia tiga tahun lalu, niat saya cuma mahu bekerja di kilang dan menghantar sebahagian duit gaji kepada keluarga di Indonesia. Saya gembira dengan pendapatan hasil kerja kilang di Bangi (Selangor) yang lumayan. Gajinya lebih tiga kali ganda berbanding kerja sama di negara saya," kata Nirwati.

Gadis berusia 21 tahun berasal dari Lombok ini berkata, faktor gaji juga menyebabkan dia tidak kesah apabila sering diminta beberapa penyelianya supaya bekerja lebih masa walaupun sehingga 12 jam sehari, terutama apabila permintaan terhadap produk elektronik keluaran kilang itu meningkat.

Sikap rajin dan tidak pernah berkira dengan kerja tambahan menyebabkan Nirwati disenangi bosnya, apatah lagi dia turut memiliki perwatakan menarik dan paras rupa menawan, selain keletah dan manja.

Bagaimanapun, daripada beberapa bos yang menyelianya, Malik lebih menunjukkan minat terhadapnya. Malah, Nirwati senang berborak kosong dengannya pada waktu rehat atau jika ada masa terluang walaupun menyedari Malik yang berusia awal 30-an memiliki isteri dan tiga anak.

Dari situ, hubungan mereka makin rapat. Bermula dengan sekadar berhibur dipusat dangdut di ibu kota pada hujung minggu, hubungan itu berlarutan di tempat tidur.

Bagi Malik, hubungan terlarang itu dianggap sekadar suka-suka tetapi tidak kepada Nirwati. "Seperti kebanyakan `orang seberang', kedatangan saya ke Malaysia bukan dengan `tangan kosong'. Saya akui belajar sikit ilmu penunduk ketika di Lombok dan menggunakannya untuk `mengikat' Malik kerana syak dia menjalin hubungan dengan saya sekadar suka-suka, bukan secara serius.

"Jadi, daripada `kosong', biar hubungan itu ada imbuhan, lagipun kedatangan saya ke sini pun kerana mahu mencari wang kan...," katanya

Penggunaan ilmu hitam, ditambah dengan keasyikan belaian manja gadis kilang warga asing itu, menyebabkan Malik lupa anak isteri.

Nirwati berkata, `kenakalan' Malik yang kerap menggoda anak buahnya menjadi bahan bualan dalam kalangan pekerja kilang, menyebabkan mereka jarang berbual atau bermesra di tempat kerja bagi mengelak hubungan terlarang itu dihidu.

"Hanya teman rapat saya tahu mengenai hubungan intim kami. Orang lain pula menyangka hubungan kami hanya antara pekerja dengan bos, tidak lebih daripada itu," katanya.

Selepas hampir enam bulan, hubungan mereka makin serius hinggakan Malik kerap bermalam di bilik sewa Nirwati.

"Dia lupa pada anak dan isteri. Baginya, hanya saya `isterinya' kerana kami bebas melakukan apa saja yang pasangan suami isteri lakukan," katanya.

Kesempatan itu digunakan Nirwati untuk mengikis bos miang berkenaan sampai licin.

"Apa saja kehendak saya - wang, barang kemas, pakaian - akan dipenuhi, asalkan saya pintar melayaninya, terutama di ranjang," katanya.

Nirwati mengakui hanya berpura-pura menyayangi lelaki itu semata-mata kerana wang. "Setiap bulan, hampir semua wang gaji Malik dilambak pada saya. Saya bangga dapat menundukkannya kerana hasil pemberiannya membuatkan saya mampu menghantar ribuan ringgit ke kampung setiap bulan, selain berbelanja mewah," katanya.

Hampir setahun menjalin cinta terlarang dan pernah sekali menggugurkan kandungan, akhirnya hubungan itu dihidu isteri Malik, menyebabkan wanita itu berang.

"Isterinya pernah datang ke kilang dan cuba menyerang saya kerana menuduh ada hubungan sulit dengan suaminya. Sebagai ketua, sudah tentu Malik menafikan sekeras-kerasnya serta menyebelahi saya. Malah, kejadian itu sampai ke pengetahuan bos besar berketurunan Jepun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, majikan berkenaan tidak mengambil keras terhadapnya, cuma ditukarkan ke unit lain, menyebabkan hubungan mereka berjalan seperti biasa.

Menyedari Malik hampir `pokai' selepas menjalin hubungan dengannya lebih setahun, Nirwati membuat perancangan baru iaitu berjinak- jinak dengan seorang lagi bos di sebuah kilang lain di Petaling Jaya.

"Kami berkenalan ketika saya menghadiri temuduga untuk menjadi operator pengeluaran di kilangnya. Ketika itu, kontrak kerja saya dengan kilang lama hampir tamat dan tawaran gaji di kilang baru pula lebih tinggi.

"Selepas temuduga itu, bos baru berkenaan kerap menghubungi saya. Mulanya sekadar bertanya khabar tetapi lama-kelamaan saya menyedari dia ada hati terhadap saya, menyebabkan saya bersetuju keluar dengannya.

"Pangkat kekasih baru saya lebih tinggi daripada Malik, tentunya gajinya lebih banyak. Ini menyebabkan saya mencari peluang dan alasan untuk meninggalkan Malik yang poketnya sudah kering," katanya.

Begitupun, katanya, dia perlu mengikis wang Malik buat kali terakhir sebelum memutuskan hubungan mereka.

"Akhirnya saya dapat akal. Saya membohongi Malik dengan menyatakan saya hamil tiga minggu dan mahu pulang ke Lombok dalam masa terdekat untuk menggugurkan janin sebelum kandungan itu membesar. Saya juga beritahu, ibu saya di kampung sakit tenat dan perlukan wang RM30,000 untuk berubat," katanya.

Muslihatnya menjadi apabila Malik sanggup memenuhi hasratnya dengan memohon pinjaman peribadi dengan bank dan selepas menunggu hampir sebulan, pinjaman diluluskan lalu semua wang berkenaan diberi kepadanya.

Beberapa hari selepas mendapat wang berkenaan, Nirwati berpindah ke Petaling Jaya, sekali gus memutuskan hubungan dengan Malik.

Walaupun berpindah di kilang lain, dia masih berhubungan dengan rakan di kilang lama dan mereka menyatakan Malik dibuang kerja kerana menghadapi masalah peribadi, selain turut dikejar ceti haram serta gagal melunaskan hutang bank, sekali gus diisytihar muflis. Lebih malang, isteri dan anak pulang ke kampung dan meninggalkannya.

"Itu bukan salah saya. Dia yang cari dan menjalin hubungan intim dengan saya. Tentu saya tidak akan berikan `khidmat cinta' itu secara percuma," katanya tanpa kesal.

Tauke jadi `sugar daddy'


KES 2


Bangi: Matlamatnya mahu bergelar bos selepas membuka salun kecantikan di negara asalnya, Vietnam. Untuk itu, Vionne sanggup memerah keringat melakukan dua kerja serentak sejak tiba di Malaysia, 10 tahun lalu. Siangnya dia bekerja di sebuah kilang elektronik, namun menjelang

malam wanita berusia awal 30-an ini bergegas ke sebuah restoran mewah di sini untuk bertugas sebagai pelayan.

Walaupun mengakui penat, Vionne menganggap Malaysia sebagai lubuk emas kerana hasil daripada kedua-dua kerja itu membolehkan dia memperoleh antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Menyedari masih banyak modal diperlukan untuk mencapai cita-citanya membuka salun kecantikan, dia sanggup melakukan satu lagi kerja yang mampu menggandakan pendapatan bulanannya, iaitu menjadi perempuan simpanan sejak enam tahun lalu.

"Sugar daddy' saya sebenarnya tauke restoran tempat saya bekerja pada waktu malam! Pada mulanya saya sekadar diajak menemaninya berhibur di kelab malam dan pusat hiburan untuk meraikan rakan perniagaannya.

"Selepas menemaninya berhibur, dia beri upah lumayan. Ini menyebabkan saya tidak melepaskan peluang untuk menemaninya lagi setiap kali diajak," katanya.

Kata Vionne, disebabkan kerap bersama keluar berhibur, hubungan mereka menjadi rapat, malah acap kali berakhir di tempat tidur.

"Tauke pula tak lokek memberi wang setiap kali kami bersama. Cakap saja berapa, pasti dia beri. Akhirnya dia mencadangkan saya menjadi perempuan simpanannya selain kerja di restoran secara sambilan bagi mengaburi mata isterinya terhadap hubungan kami.

"Sudah tentu saya tak akan menolak tuah kerana dengan cara itu, saya dapat mengikis wangnya sebanyak mungkin. Sebagai perempuan simpanan, pendapatan saya mewah kerana saya memberi layanan istimewa kepada lelaki berketurunan Cina itu," katanya.

Walaupun pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan, Vionne tetap meneruskan kerja sebagai operator pengeluaran kerana permit kerjanya hanya membenarkan dia bekerja di sektor perkilangan.

"Sebenarnya kalau tidak mahu kerja kilang pun saya boleh hidup mewah dengan hanya menjadi perempuan simpanan.

"Yang penting, gaji kerja kilang tidak pernah diusik kerana semuanya dihantar ke kampung saya di Phnom Penh.

"Begitu juga gaji kerja sambilan di restoran yang turut disimpan untuk masa depan," katanya yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lama bekerja di Malaysia.

Menurutnya, dia tidak berhasrat meninggalkan kedua-dua kerja itu dan menjadi perempuan simpanan selagi sasarannya mengumpul wang sebanyak RM500,000 tercapai.

"Di Vietnam, modal untuk membuka salun kecantikan agak besar. Lagipun saya bercita-cita membeli rumah dan kedai sebelum memulakan perniagaan," katanya.

~ MA


Read more

Punca Utama Kenapa Tentera Ukraine Tersalah Tembak MH17

Punca Utama Kenapa Tentera Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.



Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Brado Kapak.


Read more

[Wajib Baca] - Kisah Benar Misteri Seram di Wad Bersalin

Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin admin harapkan korang baca pada siang hari.


[Wajib Baca] -  Kisah Benar Misteri Seram di Wad Bersalin

Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.

Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram

 
Gambar Hiasan
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..

Sumber: http://sharafie.net


Read more


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!