Perkongsian Maklumat Terkini dan Terhangat
Media Online Terbaik dan Terhangat
Dapatkan Informasi Semasa Dari Kami
Informasi Pelbagai yang Dikongsi Untuk Semua
Dapatkan Koleksi Gambar dan Video Terkini
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Mudahnya Mati - Tercekik Kek Beras


Tokyo: Sembilan orang dilaporkan mati tercekik selepas makan kek beras tradisional ‘mochi’ ketika sambutan tahun baru di Jepun.

Di Tokyo sahaja, 18 orang dihantar ke hospital akibat sesak nafas selepas menikmati makanan itu, tiga daripadanya mati.

Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, jumlah kematian akibat kek beras di seluruh negara meningkat sembilan orang pada Jumaat, manakala 13 lagi berada dalam keadaan kritikal.

Sambutan tahun baru - antara cuti terbesar di Jepun -biasanya diraikan keluarga di Jepun dengan menyediakan sup ‘ozouni’ yang dimakan dengan kek beras.

Jabatan bomba menasihati orang ramai supaya memotong kek beras menjadi kepingan kecil terutamanya untuk warga tua dan bayi bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Kematian akibat tercekik kek beras berlaku setiap tahun. - AFP


www.isuhotsemasa.blogspot.com


Read more

Ramai Minta Saya Coretkan Tentang Anjing - Dr Asri


KUALA LUMPUR: "Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim," tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam tulisan menerusi facebook semalam, bekas Mufti Perlis itu menyatakan ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam dan ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.

"Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi," tulisnya lagi di bawah tajuk 'Anjing dan isu masyarakat Malaysia' sebagaimana di bawah.

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.




Read more

Muflis Dicukur Gadis Lombok : ILMU HITAM

Muflis dicukur gadis Lombok
 

Dua tahun usia perkenalan dengan gadis Lombok bukan tempoh terlalu lama. Namun dalam waktu sesingkat itu Liana bukan saja berjaya mencuri hatinya, bahkan menyapu bersih seluruh hartanya sehingga dia diisytihar muflis.

Itulah nasib Hardi, penyelia kanan sebuah kilang di sini, menceritakan pengalamannya dikikis sampai licin oleh pekerja di bawah seliaannya.

"Saya tak tahu macam mana gadis kilang dari seberang itu berjaya mencuri hati saya, tiga tahun lalu. Saya tak menyangka boleh terjebak dengan cinta palsu Liana kerana sebelum itu ramai teman di kilang menceritakan dia senang dibawa sesiapa saja, asalkan `bayarannya' lumayan.

"Boleh dikatakan bukan hanya orang atasan boleh meniduri gadis kilang itu, bahkan sesiapa saja boleh mendapatkannya asalkan ada imbuhan.

"Mulanya saya sekadar mahu main-main tapi apabila ada seorang dua menceritakan kehebatan Liana, saya teruja," katanya.

Menurut Hardi yang berasal dari Pahang, baginya paras wajah Liana hanya biasa-biasa saja, tetapi keletah dan sikap manjanya menyebabkan dia berbeza dengan gadis lain.

"Tidak dinafikan ramai kakitangan pengurusan kilang, sama ada masih bujang atau berkahwin di tempat saya bertugas atau kilang lain, gemar berfoya-foya, menyebabkan saya terikut-ikut dengan rentak mereka.

"Saya berkongsi menyewa sebuah rumah bersama empat rakan. Bukan untuk dijadikan kediaman kerana saya ada rumah sendiri dan tinggal bersama isteri dan dua anak kami, sebaliknya hanya untuk membawa `kekasih gelap' kami bagi melampiaskan nafsu.

"Rumah sewa itu menjadi tempat saya dan Liana memadu kasih. Empat lagi rakan yang menyewa di situ turut membawa pasangan masing-masing. "Kebanyakan pasangan mereka ialah gadis kilang warga asing yang saya kenali, tapi saya tak kesah kerana saya pun buat `kerja' sama," katanya

Hardi berkata, pada waktu itu kebanyakan masa senggangnya dihabiskan bersama Liana, sama ada di rumah sewa atau pusat hiburan, sehingga lupakan anak dan isterinya.

"Sukar digambarkan kenapa saya terlalu angau dengan Liana. Mungkin layanannya lebih hangat daripada isteri. Saya benar-benar lupa pada anak dan isteri.

"Saya khayal dengan kehebatan Liana hingga langsung `buta' terhadap isteri yang setia walaupun kami baru empat tahun berkahwin," katanya.

Hardi mendakwa, ramai rakannya yang menjalin hubungan dengan gadis Lombok mengakui terpukau dengan kehebatan dan layanan mereka memanjakan dan membelai lelaki.

"Pada tahun kedua hubungan saya dan Liana, ingatan saya terhadapnya makin menjadi-jadi. Sehari tak melihat wajahnya boleh membuatkan saya tak tentu arah, sedangkan kontrak kerja Liana ketika hanya tinggal setahun sebelum berakhir.

"Apa saja dia minta pasti saya penuhi. Sebelum kontrak kerjanya tamat, saya menghamburkan hampir semua wang gaji saya kepadanya hingga terlupa membayar ansuran pinjaman kereta dan rumah.

"Saya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Duit nafkah kepada keluarga saya abaikan, langsung tak kesah kalau anak isteri terpaksa berlapar, malah kereta turut ditarik balik pihak bank kerana gagal membayar ansuran," katanya.

Begitupun, Hardi mengesyaki kekasih Lombok itu menggunakan ilmu hitam untuk mengikis wangnya. "Liana bukan calang-calang orang. Saya yakin dia ada `memakai' ilmu tertentu kerana setiap kali saya nak balik ke rumah untuk bersama anak dan isteri, dia tak menghalang.

"Namun hati ini langsung tiada keinginan untuk pulang. Makin lama saya `ingat-ingat lupa' pada isteri dan anak dan terus tinggal serumah dengan gadis Lombok itu.

"Bukan saya tak tahu halal haram perbuatan itu. Sebenarnya saya bekas penuntut dalam bidang syarie di sebuah universiti tempatan, tapi entahlah, ilmu agama itu terus saya lupakan ketika bersama Liana," katanya

Hardi berkata, dia hanya pulih apabila Liana kembali ke kampungnya di Lombok selepas kontraknya tamat.

"Ketika itu saya rasa ada sesuatu yang pelik kerana baru teringatkan anak dan isteri di rumah. Bahkan ingatan terhadap Liana luput begitu saja.

"Saya menyesal tapi semuanya sudah terlambat kerana diisytihar muflis oleh mahkamah manakala isteri pula minta cerai. Isteri tak mahu beri peluang kedua walaupun dipujuk. Saya kemudian dipanggil ke pejabat agama.

"Lebih memalukan, menerusi peguam yang dilantik, isteri membuktikan saya curang dengan Liana melalui rakaman video yang ditemui dalam telefon bimbit saya. Keputusan memihak kepada isteri, menyebabkan saya terpaksa melafazkan talak satu," katanya.

Selepas bercerai, hak jagaan dua anaknya diberi kepada bekas isteri yang kemudian membawa mereka pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu.

Kini, Hardi tidak punya apaapa. Cuma dia bernasib baik kerana permohonannya bekerja semula di sebuah kilang lain diterima walaupun bukan lagi sebagai kakitangan pengurusan.

"Saya kini pekerja kilang biasa dan hanya memiliki kapcai buruk untuk berulangalik di tempat kerja," katanya.

Hampir setahun bergelar duda, dia tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat, sekali gus memperbaiki diri mencari keredaan Ilahi.


www.memegempaq.blogspot.com


Read more

Pendatang Guna Ilmu Penunduk Kikis Mangsa



Pendatang guna ilmu penunduk kikis mangsa

Mereka masuk ke negara ini secara sah. Memiliki pasport dan permit kerja. Nawaitu asal mahu mencari rezeki lebih lumayan berbanding di negara asal. Namun sebaik bertapak di sini, segelintir wanita pekerja asing menyedari pendapatan mereka boleh dilipat ganda dengan menggunakan kemahiran menggoda lelaki tempatan, termasuk bos di tempat kerja.

Menyedari kehadiran ke negara ini sekadar mengumpul wang sebanyak mungkin sebelum kembali ke negara asal bagi menjalani kehidupan lebih selesa pada masa depan, mereka nekad melakukan kegiatan maksiat itu dengan matlamat `kikis sampai licin'.

Ikuti temubual wartawan dengan dua pekerja wanita dari Indonesia dan Vietnam dan pengalaman seorang lelaki tempatan yang menjadi `mangsa' gadis pisau cukur berkenaan.

KES 1

"Sejujurnya , ketika tiba di Malaysia tiga tahun lalu, niat saya cuma mahu bekerja di kilang dan menghantar sebahagian duit gaji kepada keluarga di Indonesia. Saya gembira dengan pendapatan hasil kerja kilang di Bangi (Selangor) yang lumayan. Gajinya lebih tiga kali ganda berbanding kerja sama di negara saya," kata Nirwati.

Gadis berusia 21 tahun berasal dari Lombok ini berkata, faktor gaji juga menyebabkan dia tidak kesah apabila sering diminta beberapa penyelianya supaya bekerja lebih masa walaupun sehingga 12 jam sehari, terutama apabila permintaan terhadap produk elektronik keluaran kilang itu meningkat.

Sikap rajin dan tidak pernah berkira dengan kerja tambahan menyebabkan Nirwati disenangi bosnya, apatah lagi dia turut memiliki perwatakan menarik dan paras rupa menawan, selain keletah dan manja.

Bagaimanapun, daripada beberapa bos yang menyelianya, Malik lebih menunjukkan minat terhadapnya. Malah, Nirwati senang berborak kosong dengannya pada waktu rehat atau jika ada masa terluang walaupun menyedari Malik yang berusia awal 30-an memiliki isteri dan tiga anak.

Dari situ, hubungan mereka makin rapat. Bermula dengan sekadar berhibur dipusat dangdut di ibu kota pada hujung minggu, hubungan itu berlarutan di tempat tidur.

Bagi Malik, hubungan terlarang itu dianggap sekadar suka-suka tetapi tidak kepada Nirwati. "Seperti kebanyakan `orang seberang', kedatangan saya ke Malaysia bukan dengan `tangan kosong'. Saya akui belajar sikit ilmu penunduk ketika di Lombok dan menggunakannya untuk `mengikat' Malik kerana syak dia menjalin hubungan dengan saya sekadar suka-suka, bukan secara serius.

"Jadi, daripada `kosong', biar hubungan itu ada imbuhan, lagipun kedatangan saya ke sini pun kerana mahu mencari wang kan...," katanya

Penggunaan ilmu hitam, ditambah dengan keasyikan belaian manja gadis kilang warga asing itu, menyebabkan Malik lupa anak isteri.

Nirwati berkata, `kenakalan' Malik yang kerap menggoda anak buahnya menjadi bahan bualan dalam kalangan pekerja kilang, menyebabkan mereka jarang berbual atau bermesra di tempat kerja bagi mengelak hubungan terlarang itu dihidu.

"Hanya teman rapat saya tahu mengenai hubungan intim kami. Orang lain pula menyangka hubungan kami hanya antara pekerja dengan bos, tidak lebih daripada itu," katanya.

Selepas hampir enam bulan, hubungan mereka makin serius hinggakan Malik kerap bermalam di bilik sewa Nirwati.

"Dia lupa pada anak dan isteri. Baginya, hanya saya `isterinya' kerana kami bebas melakukan apa saja yang pasangan suami isteri lakukan," katanya.

Kesempatan itu digunakan Nirwati untuk mengikis bos miang berkenaan sampai licin.

"Apa saja kehendak saya - wang, barang kemas, pakaian - akan dipenuhi, asalkan saya pintar melayaninya, terutama di ranjang," katanya.

Nirwati mengakui hanya berpura-pura menyayangi lelaki itu semata-mata kerana wang. "Setiap bulan, hampir semua wang gaji Malik dilambak pada saya. Saya bangga dapat menundukkannya kerana hasil pemberiannya membuatkan saya mampu menghantar ribuan ringgit ke kampung setiap bulan, selain berbelanja mewah," katanya.

Hampir setahun menjalin cinta terlarang dan pernah sekali menggugurkan kandungan, akhirnya hubungan itu dihidu isteri Malik, menyebabkan wanita itu berang.

"Isterinya pernah datang ke kilang dan cuba menyerang saya kerana menuduh ada hubungan sulit dengan suaminya. Sebagai ketua, sudah tentu Malik menafikan sekeras-kerasnya serta menyebelahi saya. Malah, kejadian itu sampai ke pengetahuan bos besar berketurunan Jepun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, majikan berkenaan tidak mengambil keras terhadapnya, cuma ditukarkan ke unit lain, menyebabkan hubungan mereka berjalan seperti biasa.

Menyedari Malik hampir `pokai' selepas menjalin hubungan dengannya lebih setahun, Nirwati membuat perancangan baru iaitu berjinak- jinak dengan seorang lagi bos di sebuah kilang lain di Petaling Jaya.

"Kami berkenalan ketika saya menghadiri temuduga untuk menjadi operator pengeluaran di kilangnya. Ketika itu, kontrak kerja saya dengan kilang lama hampir tamat dan tawaran gaji di kilang baru pula lebih tinggi.

"Selepas temuduga itu, bos baru berkenaan kerap menghubungi saya. Mulanya sekadar bertanya khabar tetapi lama-kelamaan saya menyedari dia ada hati terhadap saya, menyebabkan saya bersetuju keluar dengannya.

"Pangkat kekasih baru saya lebih tinggi daripada Malik, tentunya gajinya lebih banyak. Ini menyebabkan saya mencari peluang dan alasan untuk meninggalkan Malik yang poketnya sudah kering," katanya.

Begitupun, katanya, dia perlu mengikis wang Malik buat kali terakhir sebelum memutuskan hubungan mereka.

"Akhirnya saya dapat akal. Saya membohongi Malik dengan menyatakan saya hamil tiga minggu dan mahu pulang ke Lombok dalam masa terdekat untuk menggugurkan janin sebelum kandungan itu membesar. Saya juga beritahu, ibu saya di kampung sakit tenat dan perlukan wang RM30,000 untuk berubat," katanya.

Muslihatnya menjadi apabila Malik sanggup memenuhi hasratnya dengan memohon pinjaman peribadi dengan bank dan selepas menunggu hampir sebulan, pinjaman diluluskan lalu semua wang berkenaan diberi kepadanya.

Beberapa hari selepas mendapat wang berkenaan, Nirwati berpindah ke Petaling Jaya, sekali gus memutuskan hubungan dengan Malik.

Walaupun berpindah di kilang lain, dia masih berhubungan dengan rakan di kilang lama dan mereka menyatakan Malik dibuang kerja kerana menghadapi masalah peribadi, selain turut dikejar ceti haram serta gagal melunaskan hutang bank, sekali gus diisytihar muflis. Lebih malang, isteri dan anak pulang ke kampung dan meninggalkannya.

"Itu bukan salah saya. Dia yang cari dan menjalin hubungan intim dengan saya. Tentu saya tidak akan berikan `khidmat cinta' itu secara percuma," katanya tanpa kesal.

Tauke jadi `sugar daddy'


KES 2


Bangi: Matlamatnya mahu bergelar bos selepas membuka salun kecantikan di negara asalnya, Vietnam. Untuk itu, Vionne sanggup memerah keringat melakukan dua kerja serentak sejak tiba di Malaysia, 10 tahun lalu. Siangnya dia bekerja di sebuah kilang elektronik, namun menjelang

malam wanita berusia awal 30-an ini bergegas ke sebuah restoran mewah di sini untuk bertugas sebagai pelayan.

Walaupun mengakui penat, Vionne menganggap Malaysia sebagai lubuk emas kerana hasil daripada kedua-dua kerja itu membolehkan dia memperoleh antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Menyedari masih banyak modal diperlukan untuk mencapai cita-citanya membuka salun kecantikan, dia sanggup melakukan satu lagi kerja yang mampu menggandakan pendapatan bulanannya, iaitu menjadi perempuan simpanan sejak enam tahun lalu.

"Sugar daddy' saya sebenarnya tauke restoran tempat saya bekerja pada waktu malam! Pada mulanya saya sekadar diajak menemaninya berhibur di kelab malam dan pusat hiburan untuk meraikan rakan perniagaannya.

"Selepas menemaninya berhibur, dia beri upah lumayan. Ini menyebabkan saya tidak melepaskan peluang untuk menemaninya lagi setiap kali diajak," katanya.

Kata Vionne, disebabkan kerap bersama keluar berhibur, hubungan mereka menjadi rapat, malah acap kali berakhir di tempat tidur.

"Tauke pula tak lokek memberi wang setiap kali kami bersama. Cakap saja berapa, pasti dia beri. Akhirnya dia mencadangkan saya menjadi perempuan simpanannya selain kerja di restoran secara sambilan bagi mengaburi mata isterinya terhadap hubungan kami.

"Sudah tentu saya tak akan menolak tuah kerana dengan cara itu, saya dapat mengikis wangnya sebanyak mungkin. Sebagai perempuan simpanan, pendapatan saya mewah kerana saya memberi layanan istimewa kepada lelaki berketurunan Cina itu," katanya.

Walaupun pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan, Vionne tetap meneruskan kerja sebagai operator pengeluaran kerana permit kerjanya hanya membenarkan dia bekerja di sektor perkilangan.

"Sebenarnya kalau tidak mahu kerja kilang pun saya boleh hidup mewah dengan hanya menjadi perempuan simpanan.

"Yang penting, gaji kerja kilang tidak pernah diusik kerana semuanya dihantar ke kampung saya di Phnom Penh.

"Begitu juga gaji kerja sambilan di restoran yang turut disimpan untuk masa depan," katanya yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lama bekerja di Malaysia.

Menurutnya, dia tidak berhasrat meninggalkan kedua-dua kerja itu dan menjadi perempuan simpanan selagi sasarannya mengumpul wang sebanyak RM500,000 tercapai.

"Di Vietnam, modal untuk membuka salun kecantikan agak besar. Lagipun saya bercita-cita membeli rumah dan kedai sebelum memulakan perniagaan," katanya.

~ MA


Read more

Punca Utama Kenapa Tentera Ukraine Tersalah Tembak MH17

Punca Utama Kenapa Tentera Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.



Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Brado Kapak.


Read more

Hukum produk Cadbury tercemar DNA Babi 'halal dimakan' - Umum al-Balwa

Hukum produk Cadbury tercemar DNA Babi 'halal dimakan'

 
 
PUTRAJAYA: Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Sumber : - BERNAMA -


Read more

Derita Diperdaya Jerat Cinta Mat Lombok

Sekadar Perkongsiang Walaupun Cerita LAMA... Mungkin masih Bermanfaat sebagai PERINGATAN!!!
 
"Tolonglah bawa saya pulang. Saya tidak tahan hidup susah begini hingga terpaksa makan ubi rebus setiap hari.

"Hidup di sini amat memeritkan kerana kesenangan dijanjikan palsu semata-mata. Saya terpaksa membanting tulang bersama keluarga suami berkebun sayur, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Ayah, ibu, saya tak cukup makan di sini, tidak cukup wang. Tolonglah, saya nak balik.."

Demikian rintihan tiga wanita Melayu mangsa perangkap cinta lelaki Lombok, Indonesia untuk renungan.

Kes wanita dilarikan lelaki Lombok yang datang ke negara ini sebagai buruh binaan atau ladang kelapa sawit bukan perkara baru. Saban tahun ia didedahkan media dengan harapan mereka yang cuba dijerat lelaki Lombok, sedar janji kemewahan atau kasih sayang untuk membina keluarga bahagia hanya helah pendatang untuk mendapat isteri percuma.

Mereka mahu menunjukkan kepada orang kampung kehebatan memikat hingga mampu bawa pulang wanita asing untuk dijadikan isteri.

Isu lelaki Lombok melarikan wanita tempatan tidak boleh dipandang remeh. Baik di Semenanjung, Sabah atau Sarawak ada saja kes dilaporkan. Malah media negara itu pernah melaporkan kajian mendapati kira-kira 500 kes wanita asing, terutama dari Malaysia berdepan masalah kerana kahwin lari dengan lelaki Lombok.

Statistik itu bukan persoalan kerana memang banyak kejadian seperti itu dilaporkan. Mungkin ada ibu bapa enggan mencari media atau pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan membawa pulang anak kerana malu.

Di Kedah, misalnya banyak kes dilaporkan termasuk di Kulim, Baling, Pendang, Sik, Langkawi dan Kuala Nerang. Terbaru dua minggu lalu apabila seorang ibu, Maryam Kasim, 49, dari Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang merayu bantuan orang ramai bagi membawa anaknya, Zarina Abu Bakar, 30, yang hanya makan ubi rebus di Lombok selepas dilarikan dua tahun lalu.

Janda beranak tiga itu menjadi mangsa janji kosong apabila hasrat berkahwin dengan lelaki dikenali Helmi, 30, tidak kesampaian selepas dia melahirkan anak hasil hubungan sulit mereka. Zarina mengikut kekasihnya ke Lombok pada 2009 walaupun tidak sampai sebulan berkenalan. Apabila tiba di Lombok dia ditinggalkan begitu saja. Nasibnya baik kerana selepas masalahnya disiarkan media, penduduk Kubur Panjang, Pendang mengumpul RM3,000 membiayai kepulangan wanita itu.

Untuk pulang hujung minggu lalu, Zarina yang menaiki bot pancung dari Batam ke Sungai Tiram, Johor nyaris lemas kerana dipaksa terjun ke laut untuk berenang ke pantai. Perjalanannya sama seperti pendatang Indonesia yang menyeludup masuk ke negara ini.

Begitulah getirnya apabila terperangkap dengan janji manis jejaka Lombok yang menjadi kebanggaan gadis atau janda. Dek cair hati menyulam ayat cinta mereka sanggup melupakan ibu bapa dan keluarga. Di Kuala Nerang tahun lalu, seorang isteri beranak tiga lari dari rumah kerana angau dengan lelaki Lombok. Mengapa terlalu mudah wanita kita diperbodohkan lelaki Lombok? Sudah jelas kedatangan buruh asing ke sini disebabkan kehidupan sukar di negara asal. Apakah susah bagi mereka memikirkannya hingga sanggup memperjudikan masa depan.

Ada mangsa berusia seawal 13 atau 14 tahun ketika dilarikan lelaki Lombok. Mereka sepatutnya bersekolah dan ibu bapa menaruh harapan tinggi untuk mengubah hidup keluarga.

Masalah ini boleh membawa kesan sosial serius dan perlu ditangani secara baik kerana turut membabitkan hubungan kedua-dua negara. Mungkin gejala ini sama serius kes gadis tempatan terjerat sebagai keldai dadah yang ditahan di luar negara.

Puncanya sama kerana mudah percaya kepada orang asing yang baru dikenali dan termakan pujuk rayu lelaki yang sebenarnya mahu memasang perangkap.

Mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pertubuhan bukan kerajaan wanita perlu melihat perkara ini dengan lebih serius. Berikan maklumat supaya mereka lebih berhati-hati. Mereka yang melarikan wanita kita pula patut menerima hukuman setimpal.

* Penulis ialah Ketua Biro Alor Setar


Read more

Kisah Benar Wanita Dirogol Negro Ketika Buang Air Kecil Di Stesyen Minyak Seorang Diri


Gambar Hiasan

Kepada para wanita beringatlah sebelum terkena info ini dikongsikan oleh group what up admin.Jadi jangan anda hanya membaca sebaliknya tolong sharekan info ini kepada rakan-rakan yang lain

attention! Perhatian untuk wanita2 (especially) yang selalu berhenti dan pergi ke toilet di mana2 petrol station. Kejadian ini BETUL2 terjadi pada seorang kenalan rapat kakak ipar kawan saya sendiri.Seorang perempuan & her boyfriend (also a future husband since they're about to get married soon) berhenti di satu petrol station sebab this girl nk pergi toilet.

Kalau kita perasan kat petrol station cthnya Petronas, ada toilet yg kt dlm kedai Mesra tu sendiri, ada yg luar sikit sebelah dgn kedai Mesra dan ada jugak toilet yang bahagian belakanggg, jauh sikit dr kedai Mesra tu. Yup, she went to that toilet, yg kat belakang tu, ALONE AT NIGHT, while the boyfriend was waiting in the car.

Selepas 30 minit menunggu, this girl tak muncul, dia terus pergi ke toilet belakang tu untuk cari. Dia jumpa girlfriend dia pengsan dan dalam keadaan yang agak aib (suspected dirogol). Sadly, it is true. Somebody grabbed her when she was entering the toilet, tutup mulut dia, kunci toilet and violently, she was being raped. Couldn't really tell who, but through what she could see, the person is black (and she suspected a negro).

Kesian sangat2 kat mangsa ni sebab dia akan berkahwin tak lama lagi dan dia berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan sekarang. Of course, who wouldn't right! Nauzubillah kalau itu terjadi kt kita/keluarga kita.

So, tolonglahh jgn pergi toilet sorang2 especially yg jauh kt hujung dunia nun regardless mlm or siang. Please be extra careful, get somebody (kawan, adik, tunang, suami, anak, anyone) untuk teman walaupun rasa tak macho sebab kena tunggu depan toilet, but safety firstt!! It could happen to anyone, bertudung ke free hair ke, anyone could be vulnerable (this girl is wearing hijab, so lets not assume that rape is inclined to happen to those wearing revealing clothes ONLY). Just be extra cautious, peeps...


Sumber:Gempargiler


Read more

AWAS!!! Perhatian Ibubapa Kes Pengasuh Simpan Gambar Bogel Budak


Yokohama: Polis mengenakan dakwaan tambahan terhadap seorang pengasuh yang sebelum ini dikaitkan dengan kematian kanak-kanak jagaannya.

Yuji Motte, 26, ditahan pada 18 Mac lalu kerana disyaki menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun di apartmennya di Fujimi di wilayah Saitama.

Ekoran siasatan kes itu polis menemui beberapa gambar bogel kanak-kanak dengan sebahagian daripadanya berada di bawah jagaan Motte.

Sumber polis berkata, gambar berkenaan disimpan dalam peranti yang dirampas di apartmennya.

Premis itu, kata sumber polis, turut dijadikan pusat asuhan kanak-kanak di bawah seliaan Motte.

“Punca kematian kanak-kanak terbabit masih disiasat tetapi pemeriksaan menunjukkan ada kesan lebam di bahagian mulut dipercayai akibat dicekik,” katanya.

Pendakwa juga mengambil kira pertuduhan jenayah ke atas Motte kerana kesalahan dilakukan terhadap adik mangsa yang baru berusia sembilan bulan.

Bayi itu ditemui masih hidup dalam apartmen berkenaan namun memerlukan rawatan bagi hipertermia (suhu badan panas melampau).

Polis berkata, Motte tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dengan alasan dia tertidur selama 12 jam ketika kejadian akibat mengambil ubat. - Agensi


Read more

Lelaki Paling Kotor Di Eropah

 
Novy Bydzov (Czech): Lelaki tidak berumah ini dilabel “lelaki paling kotor di Eropah” kerana tidur dalam timbunan abu sampah yang panas.

Ludvik Dolezal, 58 membakar apa saja yang dijumpai untuk dijadikan “tempat tidur selesa” sebelum merangkak ke atasnya untuk melelapkan mata.

Dolezal yang dikenali oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu sebagai syaitan dalam kisah dongeng berkata: “Tahun lalu saya berhenti bekerja. Sejak itu saya tinggal di sini dengan unggun api.

“Setiap malam saya baring di atas abu panas dalam baju dan menggunakan abu sebagai bahan memanaskan badan. Saya kelihatan teruk selepas itu.

“Saya mempunyai pelbagai kelengkapan sebelum ini - jaket, but, tilam dan selimut. Namun, saya bakar semua untuk memastikan api tidak padam.

“Ramai orang membantu saya, kadang-kala mereka membawa sesuatu seperti tayar lama dan saya akan membakarnya.” Menurutnya, dia akan membiarkan api berterusan sepanjang hari sehinggalah dia masuk tidur pada jam 7.30 malam.

“Kebanyakan benda yang dibakar adalah kayu dari semak berdekatan.

“Ia harus kering untuk dibakar. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibakar, saya terpaksa menggunakan kapak dan memotong papan di sekeliling bangsal tempat saya berteduh,” katanya ketika ditemui.

Dolezal mengaku dia menghadapi kesukaran bernafas. Saya menghisap rokok setiap masa, saya menghabiskan sebungkus rokok sehari. Ia membantu saya. Saya bernafas lebih baik apabila menghisap rokok. Menurutnya, dia mendapat bantuan kira-kira RM444 daripada kerajaan Czech setiap bulan.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan tidak memberikan dia wang itu sekali gus kerana khuatir dia akan membakarnya.

Sebaliknya, mereka memberi duit berkenaan kepada kedai yang dikunjungi Dolezal setiap hari untuk membeli makanan. - AFP


Read more

'Raja Bomoh' turut bantu cari pesawat MH370


Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Sepang.

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.

"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

-Bernama


Read more

Facebook beli WhatsApp RM52 bilion

 
MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).

Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.

Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.

WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.

Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.

"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.

"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.


Read more

Dipenjara 10 Tahun Akibat Mencium Pipi Kanak-Kanak

 
 Gambar Hiasan

Manama (Bahrain): Seorang pemandu warga Pakistan menanggung derita kerana mencium pipi seorang kanak-kanak perempuan Bahrain.

Lelaki berusia 39 tahun itu dihukum penjara 10 tahun kerana tindakannya mencium kanak-kanak berusia lima tahun.

Dalam keterangannya kepada mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan, lelaki berkenaan berkata, dia mencium kanak-kanak itu tahun lalu kerana menganggapnya sama seperti anaknya.

Mahkamah tidak mempercayainya.

Laporan perubatan dikemukakan kepada mahkamah di Manama, Bahrain menunjukkan pipi kanak-kanak itu merah, menandakan dia dicium secara paksa.

Lelaki terbabit ditahan selepas ibu kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis selepas melihat anaknya menangis sekembali dari sekolah.

Kanak-kanak itu memberitahu ibunya, pemandu yang setiap hari membawa dia pergi dan pulang dari sekolah mencium dan menggigit pipinya.

Wanita itu memberitahu mahkamah, anaknya mengadu warga Pakistan itu berulang kali meminta kebenaran mencium pipinya tetapi kanak-kanak itu menolak sehingga dia menciumnya secara paksa pada hari itu.

Akhbar tempatan melaporkan, hakim memarahi defendan apabila lelaki itu berkata dia menciumnya setelah mendapat kebenaran.

Hakim itu berkata, gambar menunjukkan kesan seperti trauma pada wajah kanak-kanak itu dan ia tidak menggambarkan ciuman seorang bapa.

Pemandu itu didapati bersalah kerana menggunakan paksaan untuk mencium kanak-kanak dan dia dihukum penjara 10 tahun serta diusir dari Bahrain selepas menjalani hukuman berkenaan.


Read more

AWAS! Sila berhati-hati apabila singgah di RNR Seremban


Situasi 1:

tragedi ni berlaku ahad mggu lpas,19 jun 2011.

Ahad :

- berenti minum ngan kawan2 kat rnr seremban pukul 2330 /11.30 malam,konvoi 2 kereta
- pukul 0430 / 4.30 pagi, lpas da minum2,kitorg teruskan perjalanan ke melaka.
- masa dlm rnr seremban lagi,masa da nk kua, tibe2 gear D aku cam ade problem so aku berhenti
-tb2 ade 1 kereta benti n nk tolong
-so aku amek keputusan bg je diorg tunda bile diorg kate tu mslh gearbox ngan oilseal,kos dlm 220 je.
-sampai kat workshop dlm pukul 0500 / 5 pagi,diorg trus CUBA nak repair gearbox aku
-tggu punya tggu diorg kata bnd tu kena repair esok. aku trasa bodo lak sbb x claim warranty kat proton, so aku amek keputusan teruskn g melaka ngan membe aku, so aku tinggalkan keta dan aku kena tanda tangan satu resit dan aku tak perasan ada syarat kat situ menyatakan ” SETUJU UNTUK MENUKAR APA APA ALAT GANTI UTK PROSES BAIK PULIH” (lebih kurang camtu la).

Isnin :
-0730 / 7.30 pagi sampai kat melaka.
-tdo sampai pukul 11 pagi n bangun sbb telefon bunyi.aku diberitahu yang gearbox aku dalam proses eoverhaul. WTF!!!! keta aku baru setahun 4 bulan
-1300 / 1 tegahari, org mekanik bgtau yg kosnye adelah 3800
-aku kena tipu,dan menyesal tak hantar kat proton
-1500 / 3 petang, call mana2 membe2 polis yang ada.
-diorg soh aku tggu sbb bnd ni da byk kali jadi
-1930 / 7.30 malam, org workshop call bgtau kereta da siap dan boleh diambil,tp aku xnk ambik, aku ckp nk ambik esok…
-2000 / 8 malam, membe aku call suruh dtg seremban esok pagi.

Selasa :
-sampai kat seremban pukul 0900 / 9 pagi
-pagi workshop tu dgn 3 org polis
-lepas bos die kena basuh dengan polis2 tu, harga dari 3800 turun jadi 900
-pastu kitorg g minum, polis tu bgtau da byk kejadian jadi camtu kat rnr seremban(kedua2 arah)
-dan kereta aku da kena sabotaj cam org lain gak

Situasi 2 :

1. pagi tu kirorg benti kat rnr seremban. nak sarapan
2. perking penuh,so kitorg paking jauh sikit dan tak ramai org lalu lalang kat situ
3. sarapan dalam 20 minit
4. teruskan perjalanan,dlm 10 minit atau 10km, temperature naik
5. berhenti kat lorong kecemasan
6. xsampai seminit, satu kereta berhenti, 2 orang lelaki indie offer nak tolong
7. diorg check dan kate gasket head da bocor
8. diorg offer nk tunda g workshop kawan die, so diorg tunda guna kereta diorg,gunakan tali
9. diorg kate diorg charge ikut harga standard atau murah lagi
10. bila da siap, bill nye ***, mmg mahal nk dibandingkn ngan kerosakkannye
11. kalau taknak bayar,kereta takleh amek,try nak tawar menawar, tak dpt,siap nak gaduh lagu
12. kerja nye mmg teruk
13. tapi tak pilihan,nak xnk kena bayar gak sbb nk amek kereta
14. bila bwk keta tu g workshop membe2 yg ade dkat2 seremban,diorg ckp hos radiator dibocorkn ms diorg sarapan kat rnr seremban
15. taktik yang sama digunakan beberapa kali kat rnr seremban.

aku dah baca bnd ni kat beberapa forum. lelaki2 india ni ade gak offer servis khas ni kat R&R nilai dan senawang. cerita2 mangsa sumenye lebih kurang.

banyak lagi ceritanya… korg leh baca kat forum tu, tapi dalam BI lah… sumenye citer lebih kurang sama dan WORKSHOP YANG SAMA.
so kalau kena kat korg,masalah camni kat R&R seremban ke kat mana2, call la pihak PLUS atau pihak insuran korg. kalau ade kawan2 kat area2 situ, call, kalau korg join radio amatur,insyaAllah adelah yang akan menolong.

sila klik button share, like dan tweet kat atas tu untuk share… untuk keselamatan org korg dan org2 lain skali… ok?


Sumber:
Alongxp


Read more

Rusuhan kedai arak berhampiran Masjid India, kepala terbelah diparang [Gambar]


Gambar yang tersebar di Facebook di mana kepala seorang lelaki terbelah terkena tetakan parang. Keterangan gambar adalah seperti berikut;

Asalam Tuan.

LAPURAN SIASATAN/RISIKAN DI TEMPAT KEJADIAN MERUSUH BERSENJATA PARANG DI KEDAI ARAK TEPI SUNGAI MASJID INDIA JAM 1900 HRS TADI.

Pada 14/01/14 jam 2030 hrs
Maklumat siasatan di tempat kejadian terdapat cctv dalam kedai tersebut, samada berfungsi atau tidak belum pasti lagi kerana buat masa sekarang owner masih di hospital melawat mangsa pekerjanya.

Saksi kejadian (mangsa) nama "BABU" wn India bagi tahu terdapat 10_15 lelaki India tidak di kenali datang menyerang dgn mengunakan parang dan kayu.

Pada masa kejadian berlaku salah seorang lelaki india yg menyerang berkata" lu pukul sy punya adek saya pecah u punya kedai".

Temu bual dengan org awam yg berada di tempat kejadian juga kenal pasti kenderaan di gunakan/di naiki oleh saspek adalah WWR 5633 jenis Proton Wira warna hitam.

Semakan no kenderaan melalui sistem JPJ masih belum di perolehi pending.
Selain daripada itu terdapat sebuah lagi kenderaan d tempat kejadian jenis KIA SPECTRA warna silver, semakan pemilik adalah atas nama: KRISHNAN A/L THANMALAY
Alt: No 83.85 Penang Street George Town P.Pinang.
Kpt: belum diperolehi lagi

Buat masa ini D/Kpl Razak berada di HKL temubual manga.

Maklumat seterunya akan d salurkan dari masa ke masa Tuan.

Sekian sy majukan lapuran siasatan.

Tq.
Sumber - King Jason Page


Read more

Tangan Putus Di Tepi Jalan

 
NOTTINGHAM - Gurauan seorang jurusolek artis amatur ternyata menjadi apabila‘tangan putus’ yang direka dan ditinggalkan di tepi jalan jadi tumpuan ramai.

Polis juga terpaksa dipanggil bagi menyiasat kewujudan tangan manusia yang putus  itu.

Paul Plumber, 34, mencipta tangan palsu yang sudah putus dan dalam keadaan ngeri di tepi jalan dan meninggalkannya untuk dijadikan bahan tontonan kepada sesiapa yang lalu di kawasan itu.

Gurauan itu ternyata tidak menjadi apabila salah seorang orang awam yang lalu di kawasan itu menghubungi polis kerana mempercayai tangan palsu itu merupakan tangan manusia yang betul.

Plumber terpaksa mengakui kepada polis beliau hanya cuba bergurau kepada orang yang lalu-lalang di tepi jalan di tepi jalan Hyson Green.

“Kami hanya memberi nasihat kepada Plummer berhubung tindakan gurauannya yang tidak kena pada tempat itu,” kata salah seorang pegawai polis Nottingham.
 


Read more

Gempak!!! Anak Mati Di Pusat Asuhan


KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.



"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: hmetro



Read more

AWAS!!! Lelaki Separuh Bogel Mengganas Cari Anak Dara

 
MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.
 
Sumber: Sinarharian


Read more

Polis Mental Tembak Isteri dan Bapak Mertua


SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghidap sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.
 
Sumber: Sinarharian


Read more

Gempak!!! Budak Terjatuh Dalam Lubang Najis



YANJI - CHINA. Seorang kanak-kanak terpaksa bergelumang bau busuk selepas terjatuh dalam lubang najis di Yanji, timur laut China.

Media Daily Mail melaporkan, insiden berlaku selepas budak berusia setahun lapan bulan itu dipercayai tergelincir ke dalam lubang terbabit ketika pergi ke tandas secara bersendirian.

Ibunya hanya menyedari kehilangan anaknya selepas terdengar jeritan meminta tolong.

Sejurus kejadian, sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian terletak berdekatan rumah mangsa untuk operasi menyelamat.

“Anggota terpaksa memakai alat pernafasan lengkap dengan tong oksigen kerana lubang berkenaan dipenuhi najis. Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya mengalami trauma,” kata pegawai bomba.
 
Sumber: Sinarharian


Read more


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!