Ramai Minta Saya Coretkan Tentang Anjing - Dr Asri


KUALA LUMPUR: "Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim," tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam tulisan menerusi facebook semalam, bekas Mufti Perlis itu menyatakan ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam dan ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.

"Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi," tulisnya lagi di bawah tajuk 'Anjing dan isu masyarakat Malaysia' sebagaimana di bawah.

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.




Comments
0 Comments

0 comments:

20 Tanda Seseorang Lelaki Itu Dicintai Jin Betina





Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.

Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.

Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin betina mencintai lelaki dari kalangan manusia.

Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang lelaki itu telah dicintai oleh jin betina.

Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.

Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.


Comments
0 Comments

0 comments:

20 Tanda Seseorang Wanita Dicintai Jin Jantan



Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.

Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.

Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin Jantan mencintai wanita dari kalangan manusia.

Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang wanita  itu telah dicintai oleh jin jantan.


1) Anda selalu akan bermimpi didatangi oleh lelaki. Lelaki itu pula boleh jadi lelaki yang anda kenali dan boleh jadi anda tidak kenal. Tetapi ada satu ciri atau persamaan terhadap lelaki yang datang dalam mimpi anda, iaitu semuanya dalam rupa bentuk yang menarik atau 'hensem'.

Dalam mimpi itu anda dan lelaki tersebut mungkin sekadar berpandangan seperti kali pertama berkenalan atau bercinta. Dan boleh juga dalam mimpi tersebut anda telah melakukan hubungan kelamin dengan lelaki tersebut.

2) Jika jin jantan itu merupakan saka keturunan, maka anda akan bermimpi didatangi lelaki sejak dari kecil lagi. Kebiasaannya kalau melibatkan jin saka rawatannya sangat susah kerana ianya sangat degil dan cintanya terhadap anda sangat mendalam.

3) Kadang-kala anda akan didatangi sesuatu yang seperti makhluk ganjil, orang yang tidak dikenali dan boleh jadi rupa seperti suami anda. Kedatangannya ketika anda berada dalam keadaan antara jaga dan tidur, sedar dan tidak sedar. Ia mungkin hanya mendatangi anda, atau menggangu dan boleh juga sampai tahap melakukan hubungan kelamin. Kadang-kadang anda akan jadi seperti dipukau dan melakukannya secara sukarela dan boleh juga anda dirogol.

4) Kadang-kadang anda akan terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di bahagian kemaluan anda hingga menyebabkan kemaluan anda gatal atau menimbulkan perasaan berahi yang memuncak. Ini adalah antara yang menjadi sebab utama wanita jenis ini suka melakukan hubungan seks secara bebas, kerana tiba-tiba nafsunya memuncak.

5) Selalu atau kadang-kadang merasa sakit di bahagian kepala.

6) Anda akan menjadi mudah untuk jatuh cinta kepada mana-mana lelaki walaupun anda telah bersuami. Kecenderungan anda untuk berlaku curang adalah sangat tinggi. Anda juga mempunyai daya penarik tersendiri terutamanya kalau lelaki yang memandang anda juga mengalami gangguan jin.

7) Selalu atau kadang-kadang anda mengalami masalah untuk tidur dan pada sebelah siangnya anda berasa lemas.

8) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada sesuatu yang aneh berjalan di dalam tubuh badan anda. Atau anda terasa seperti sesuatu benda bergerak.

9) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada semacam seorang lelaki yang memandang dan memerhatikan gerak-geri anda dari sesuatu tempat.

10) Selalu berasa malas ketika ingin menunaikan solat. Seperti adanya halangan dan kadang-kadang anda akan sengaja melewatkan solat.

11) Tubuh badan anda akan selalu berasa lemas seolah-olah anda sangat letih tanpa sebab yang munasabah.

12) Kadang-kadang akan berlaku ketika anda dalam keadaan tidur dan jaga datang seseorang yang menyerupai suami anda atau makhluk aneh yang akan mengganggu atau cuba menyetubuhi anda.

Penting untuk diberikan perhatian bahawa kadang-kadang keadaan di mana jin jantan mencintai seorang wanita itu apabila suaminya ada jin di dalam badan samada kehadiran jin itu disebabkan suaminya mempunyai saka keturunan atau mengamalkan ilmu yang salah atau memakai tangkal.

Apabila wanita itu melakukan hubungan badan maka jin akan turut serta menyutubuhinya. Lama-kelamaan jin itu akan menjadi ketagih dan akan cuba menyetubuhi tanda dapat dikawal oleh tuannya. Inilah keburukan menjadikan jin sebagai pendamping.


Comments
1 Comments

1 comments:

Muflis Dicukur Gadis Lombok : ILMU HITAM

Muflis dicukur gadis Lombok
 

Dua tahun usia perkenalan dengan gadis Lombok bukan tempoh terlalu lama. Namun dalam waktu sesingkat itu Liana bukan saja berjaya mencuri hatinya, bahkan menyapu bersih seluruh hartanya sehingga dia diisytihar muflis.

Itulah nasib Hardi, penyelia kanan sebuah kilang di sini, menceritakan pengalamannya dikikis sampai licin oleh pekerja di bawah seliaannya.

"Saya tak tahu macam mana gadis kilang dari seberang itu berjaya mencuri hati saya, tiga tahun lalu. Saya tak menyangka boleh terjebak dengan cinta palsu Liana kerana sebelum itu ramai teman di kilang menceritakan dia senang dibawa sesiapa saja, asalkan `bayarannya' lumayan.

"Boleh dikatakan bukan hanya orang atasan boleh meniduri gadis kilang itu, bahkan sesiapa saja boleh mendapatkannya asalkan ada imbuhan.

"Mulanya saya sekadar mahu main-main tapi apabila ada seorang dua menceritakan kehebatan Liana, saya teruja," katanya.

Menurut Hardi yang berasal dari Pahang, baginya paras wajah Liana hanya biasa-biasa saja, tetapi keletah dan sikap manjanya menyebabkan dia berbeza dengan gadis lain.

"Tidak dinafikan ramai kakitangan pengurusan kilang, sama ada masih bujang atau berkahwin di tempat saya bertugas atau kilang lain, gemar berfoya-foya, menyebabkan saya terikut-ikut dengan rentak mereka.

"Saya berkongsi menyewa sebuah rumah bersama empat rakan. Bukan untuk dijadikan kediaman kerana saya ada rumah sendiri dan tinggal bersama isteri dan dua anak kami, sebaliknya hanya untuk membawa `kekasih gelap' kami bagi melampiaskan nafsu.

"Rumah sewa itu menjadi tempat saya dan Liana memadu kasih. Empat lagi rakan yang menyewa di situ turut membawa pasangan masing-masing. "Kebanyakan pasangan mereka ialah gadis kilang warga asing yang saya kenali, tapi saya tak kesah kerana saya pun buat `kerja' sama," katanya

Hardi berkata, pada waktu itu kebanyakan masa senggangnya dihabiskan bersama Liana, sama ada di rumah sewa atau pusat hiburan, sehingga lupakan anak dan isterinya.

"Sukar digambarkan kenapa saya terlalu angau dengan Liana. Mungkin layanannya lebih hangat daripada isteri. Saya benar-benar lupa pada anak dan isteri.

"Saya khayal dengan kehebatan Liana hingga langsung `buta' terhadap isteri yang setia walaupun kami baru empat tahun berkahwin," katanya.

Hardi mendakwa, ramai rakannya yang menjalin hubungan dengan gadis Lombok mengakui terpukau dengan kehebatan dan layanan mereka memanjakan dan membelai lelaki.

"Pada tahun kedua hubungan saya dan Liana, ingatan saya terhadapnya makin menjadi-jadi. Sehari tak melihat wajahnya boleh membuatkan saya tak tentu arah, sedangkan kontrak kerja Liana ketika hanya tinggal setahun sebelum berakhir.

"Apa saja dia minta pasti saya penuhi. Sebelum kontrak kerjanya tamat, saya menghamburkan hampir semua wang gaji saya kepadanya hingga terlupa membayar ansuran pinjaman kereta dan rumah.

"Saya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Duit nafkah kepada keluarga saya abaikan, langsung tak kesah kalau anak isteri terpaksa berlapar, malah kereta turut ditarik balik pihak bank kerana gagal membayar ansuran," katanya.

Begitupun, Hardi mengesyaki kekasih Lombok itu menggunakan ilmu hitam untuk mengikis wangnya. "Liana bukan calang-calang orang. Saya yakin dia ada `memakai' ilmu tertentu kerana setiap kali saya nak balik ke rumah untuk bersama anak dan isteri, dia tak menghalang.

"Namun hati ini langsung tiada keinginan untuk pulang. Makin lama saya `ingat-ingat lupa' pada isteri dan anak dan terus tinggal serumah dengan gadis Lombok itu.

"Bukan saya tak tahu halal haram perbuatan itu. Sebenarnya saya bekas penuntut dalam bidang syarie di sebuah universiti tempatan, tapi entahlah, ilmu agama itu terus saya lupakan ketika bersama Liana," katanya

Hardi berkata, dia hanya pulih apabila Liana kembali ke kampungnya di Lombok selepas kontraknya tamat.

"Ketika itu saya rasa ada sesuatu yang pelik kerana baru teringatkan anak dan isteri di rumah. Bahkan ingatan terhadap Liana luput begitu saja.

"Saya menyesal tapi semuanya sudah terlambat kerana diisytihar muflis oleh mahkamah manakala isteri pula minta cerai. Isteri tak mahu beri peluang kedua walaupun dipujuk. Saya kemudian dipanggil ke pejabat agama.

"Lebih memalukan, menerusi peguam yang dilantik, isteri membuktikan saya curang dengan Liana melalui rakaman video yang ditemui dalam telefon bimbit saya. Keputusan memihak kepada isteri, menyebabkan saya terpaksa melafazkan talak satu," katanya.

Selepas bercerai, hak jagaan dua anaknya diberi kepada bekas isteri yang kemudian membawa mereka pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu.

Kini, Hardi tidak punya apaapa. Cuma dia bernasib baik kerana permohonannya bekerja semula di sebuah kilang lain diterima walaupun bukan lagi sebagai kakitangan pengurusan.

"Saya kini pekerja kilang biasa dan hanya memiliki kapcai buruk untuk berulangalik di tempat kerja," katanya.

Hampir setahun bergelar duda, dia tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat, sekali gus memperbaiki diri mencari keredaan Ilahi.


www.memegempaq.blogspot.com


Comments
0 Comments

0 comments:

Pendatang Guna Ilmu Penunduk Kikis Mangsa



Pendatang guna ilmu penunduk kikis mangsa

Mereka masuk ke negara ini secara sah. Memiliki pasport dan permit kerja. Nawaitu asal mahu mencari rezeki lebih lumayan berbanding di negara asal. Namun sebaik bertapak di sini, segelintir wanita pekerja asing menyedari pendapatan mereka boleh dilipat ganda dengan menggunakan kemahiran menggoda lelaki tempatan, termasuk bos di tempat kerja.

Menyedari kehadiran ke negara ini sekadar mengumpul wang sebanyak mungkin sebelum kembali ke negara asal bagi menjalani kehidupan lebih selesa pada masa depan, mereka nekad melakukan kegiatan maksiat itu dengan matlamat `kikis sampai licin'.

Ikuti temubual wartawan dengan dua pekerja wanita dari Indonesia dan Vietnam dan pengalaman seorang lelaki tempatan yang menjadi `mangsa' gadis pisau cukur berkenaan.

KES 1

"Sejujurnya , ketika tiba di Malaysia tiga tahun lalu, niat saya cuma mahu bekerja di kilang dan menghantar sebahagian duit gaji kepada keluarga di Indonesia. Saya gembira dengan pendapatan hasil kerja kilang di Bangi (Selangor) yang lumayan. Gajinya lebih tiga kali ganda berbanding kerja sama di negara saya," kata Nirwati.

Gadis berusia 21 tahun berasal dari Lombok ini berkata, faktor gaji juga menyebabkan dia tidak kesah apabila sering diminta beberapa penyelianya supaya bekerja lebih masa walaupun sehingga 12 jam sehari, terutama apabila permintaan terhadap produk elektronik keluaran kilang itu meningkat.

Sikap rajin dan tidak pernah berkira dengan kerja tambahan menyebabkan Nirwati disenangi bosnya, apatah lagi dia turut memiliki perwatakan menarik dan paras rupa menawan, selain keletah dan manja.

Bagaimanapun, daripada beberapa bos yang menyelianya, Malik lebih menunjukkan minat terhadapnya. Malah, Nirwati senang berborak kosong dengannya pada waktu rehat atau jika ada masa terluang walaupun menyedari Malik yang berusia awal 30-an memiliki isteri dan tiga anak.

Dari situ, hubungan mereka makin rapat. Bermula dengan sekadar berhibur dipusat dangdut di ibu kota pada hujung minggu, hubungan itu berlarutan di tempat tidur.

Bagi Malik, hubungan terlarang itu dianggap sekadar suka-suka tetapi tidak kepada Nirwati. "Seperti kebanyakan `orang seberang', kedatangan saya ke Malaysia bukan dengan `tangan kosong'. Saya akui belajar sikit ilmu penunduk ketika di Lombok dan menggunakannya untuk `mengikat' Malik kerana syak dia menjalin hubungan dengan saya sekadar suka-suka, bukan secara serius.

"Jadi, daripada `kosong', biar hubungan itu ada imbuhan, lagipun kedatangan saya ke sini pun kerana mahu mencari wang kan...," katanya

Penggunaan ilmu hitam, ditambah dengan keasyikan belaian manja gadis kilang warga asing itu, menyebabkan Malik lupa anak isteri.

Nirwati berkata, `kenakalan' Malik yang kerap menggoda anak buahnya menjadi bahan bualan dalam kalangan pekerja kilang, menyebabkan mereka jarang berbual atau bermesra di tempat kerja bagi mengelak hubungan terlarang itu dihidu.

"Hanya teman rapat saya tahu mengenai hubungan intim kami. Orang lain pula menyangka hubungan kami hanya antara pekerja dengan bos, tidak lebih daripada itu," katanya.

Selepas hampir enam bulan, hubungan mereka makin serius hinggakan Malik kerap bermalam di bilik sewa Nirwati.

"Dia lupa pada anak dan isteri. Baginya, hanya saya `isterinya' kerana kami bebas melakukan apa saja yang pasangan suami isteri lakukan," katanya.

Kesempatan itu digunakan Nirwati untuk mengikis bos miang berkenaan sampai licin.

"Apa saja kehendak saya - wang, barang kemas, pakaian - akan dipenuhi, asalkan saya pintar melayaninya, terutama di ranjang," katanya.

Nirwati mengakui hanya berpura-pura menyayangi lelaki itu semata-mata kerana wang. "Setiap bulan, hampir semua wang gaji Malik dilambak pada saya. Saya bangga dapat menundukkannya kerana hasil pemberiannya membuatkan saya mampu menghantar ribuan ringgit ke kampung setiap bulan, selain berbelanja mewah," katanya.

Hampir setahun menjalin cinta terlarang dan pernah sekali menggugurkan kandungan, akhirnya hubungan itu dihidu isteri Malik, menyebabkan wanita itu berang.

"Isterinya pernah datang ke kilang dan cuba menyerang saya kerana menuduh ada hubungan sulit dengan suaminya. Sebagai ketua, sudah tentu Malik menafikan sekeras-kerasnya serta menyebelahi saya. Malah, kejadian itu sampai ke pengetahuan bos besar berketurunan Jepun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, majikan berkenaan tidak mengambil keras terhadapnya, cuma ditukarkan ke unit lain, menyebabkan hubungan mereka berjalan seperti biasa.

Menyedari Malik hampir `pokai' selepas menjalin hubungan dengannya lebih setahun, Nirwati membuat perancangan baru iaitu berjinak- jinak dengan seorang lagi bos di sebuah kilang lain di Petaling Jaya.

"Kami berkenalan ketika saya menghadiri temuduga untuk menjadi operator pengeluaran di kilangnya. Ketika itu, kontrak kerja saya dengan kilang lama hampir tamat dan tawaran gaji di kilang baru pula lebih tinggi.

"Selepas temuduga itu, bos baru berkenaan kerap menghubungi saya. Mulanya sekadar bertanya khabar tetapi lama-kelamaan saya menyedari dia ada hati terhadap saya, menyebabkan saya bersetuju keluar dengannya.

"Pangkat kekasih baru saya lebih tinggi daripada Malik, tentunya gajinya lebih banyak. Ini menyebabkan saya mencari peluang dan alasan untuk meninggalkan Malik yang poketnya sudah kering," katanya.

Begitupun, katanya, dia perlu mengikis wang Malik buat kali terakhir sebelum memutuskan hubungan mereka.

"Akhirnya saya dapat akal. Saya membohongi Malik dengan menyatakan saya hamil tiga minggu dan mahu pulang ke Lombok dalam masa terdekat untuk menggugurkan janin sebelum kandungan itu membesar. Saya juga beritahu, ibu saya di kampung sakit tenat dan perlukan wang RM30,000 untuk berubat," katanya.

Muslihatnya menjadi apabila Malik sanggup memenuhi hasratnya dengan memohon pinjaman peribadi dengan bank dan selepas menunggu hampir sebulan, pinjaman diluluskan lalu semua wang berkenaan diberi kepadanya.

Beberapa hari selepas mendapat wang berkenaan, Nirwati berpindah ke Petaling Jaya, sekali gus memutuskan hubungan dengan Malik.

Walaupun berpindah di kilang lain, dia masih berhubungan dengan rakan di kilang lama dan mereka menyatakan Malik dibuang kerja kerana menghadapi masalah peribadi, selain turut dikejar ceti haram serta gagal melunaskan hutang bank, sekali gus diisytihar muflis. Lebih malang, isteri dan anak pulang ke kampung dan meninggalkannya.

"Itu bukan salah saya. Dia yang cari dan menjalin hubungan intim dengan saya. Tentu saya tidak akan berikan `khidmat cinta' itu secara percuma," katanya tanpa kesal.

Tauke jadi `sugar daddy'


KES 2


Bangi: Matlamatnya mahu bergelar bos selepas membuka salun kecantikan di negara asalnya, Vietnam. Untuk itu, Vionne sanggup memerah keringat melakukan dua kerja serentak sejak tiba di Malaysia, 10 tahun lalu. Siangnya dia bekerja di sebuah kilang elektronik, namun menjelang

malam wanita berusia awal 30-an ini bergegas ke sebuah restoran mewah di sini untuk bertugas sebagai pelayan.

Walaupun mengakui penat, Vionne menganggap Malaysia sebagai lubuk emas kerana hasil daripada kedua-dua kerja itu membolehkan dia memperoleh antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Menyedari masih banyak modal diperlukan untuk mencapai cita-citanya membuka salun kecantikan, dia sanggup melakukan satu lagi kerja yang mampu menggandakan pendapatan bulanannya, iaitu menjadi perempuan simpanan sejak enam tahun lalu.

"Sugar daddy' saya sebenarnya tauke restoran tempat saya bekerja pada waktu malam! Pada mulanya saya sekadar diajak menemaninya berhibur di kelab malam dan pusat hiburan untuk meraikan rakan perniagaannya.

"Selepas menemaninya berhibur, dia beri upah lumayan. Ini menyebabkan saya tidak melepaskan peluang untuk menemaninya lagi setiap kali diajak," katanya.

Kata Vionne, disebabkan kerap bersama keluar berhibur, hubungan mereka menjadi rapat, malah acap kali berakhir di tempat tidur.

"Tauke pula tak lokek memberi wang setiap kali kami bersama. Cakap saja berapa, pasti dia beri. Akhirnya dia mencadangkan saya menjadi perempuan simpanannya selain kerja di restoran secara sambilan bagi mengaburi mata isterinya terhadap hubungan kami.

"Sudah tentu saya tak akan menolak tuah kerana dengan cara itu, saya dapat mengikis wangnya sebanyak mungkin. Sebagai perempuan simpanan, pendapatan saya mewah kerana saya memberi layanan istimewa kepada lelaki berketurunan Cina itu," katanya.

Walaupun pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan, Vionne tetap meneruskan kerja sebagai operator pengeluaran kerana permit kerjanya hanya membenarkan dia bekerja di sektor perkilangan.

"Sebenarnya kalau tidak mahu kerja kilang pun saya boleh hidup mewah dengan hanya menjadi perempuan simpanan.

"Yang penting, gaji kerja kilang tidak pernah diusik kerana semuanya dihantar ke kampung saya di Phnom Penh.

"Begitu juga gaji kerja sambilan di restoran yang turut disimpan untuk masa depan," katanya yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lama bekerja di Malaysia.

Menurutnya, dia tidak berhasrat meninggalkan kedua-dua kerja itu dan menjadi perempuan simpanan selagi sasarannya mengumpul wang sebanyak RM500,000 tercapai.

"Di Vietnam, modal untuk membuka salun kecantikan agak besar. Lagipun saya bercita-cita membeli rumah dan kedai sebelum memulakan perniagaan," katanya.

~ MA


Comments
0 Comments

0 comments:

Punca Utama Kenapa Tentera Ukraine Tersalah Tembak MH17

Punca Utama Kenapa Tentera Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.



Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Brado Kapak.


Comments
0 Comments

0 comments:

[Wajib Baca] - Kisah Benar Misteri Seram di Wad Bersalin

Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin admin harapkan korang baca pada siang hari.


[Wajib Baca] -  Kisah Benar Misteri Seram di Wad Bersalin

Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.

Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram

 
Gambar Hiasan
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..

Sumber: http://sharafie.net


Comments
0 Comments

0 comments:

Kajian: Lebih Ramai Suri Rumah Hidap HIV Berbanding Pelacur


Suami ‘makan luar’ punca suri rumah hidap HIV

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar ‘makan luar’.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Dr Raj Karim berkata, bilangan wanita yang dijangkiti HIV sangat menyedihkan berikutan ramai tidak tahu suami mereka menyebar virus berjangkit itu.

“Isteri perlu mengambil sikap berjaga-jaga dengan memakai kondom ketika bersama suami (jika mengesyaki pasangan curang) sebagai perlindungan, selain mendapatkan rawatan segera jika mendapati ada jangkitan penyakit untuk mengelak risiko kepada anak dikandung.

“Kita tidak menafikan segelintir lelaki di pantai timur, utara tanah air atau yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, melanggani pelacur kerana kaji selidik mengenainya pernah dibuat sepasukan penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar.

“Selain itu, golongan nelayan menyebarkan penyakit kepada pasangan selepas melakukan hubungan dengan wanita lain di luar perairan negara dan segelintirnya didapati mengambil dadah jenis suntikan. Hal ini akan menjadi semakin membimbangkan jika tidak dipantau sebaik mungkin,” katanya kepada Metro Ahad.


Sumber : Harian Metro


Comments
0 Comments

0 comments:

Jenayah: Kaedah Hipnosis Perangkap Mangsa



Peningkatan kejadian jenayah dengan pelbagai modus operandi pastinya membimbangkan pelbagai pihak. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan cerita kononnya ada penjenayah dari negara jiran menggunakan hipnotis sebagai cara memerangkap mangsa. Malah, difahamkan, jenayah menggunakan hipnotis ini sudah berlaku di Malaysia dan Thailand sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jenayah menggunakan kaedah hipnotis banyak berlaku di sebuah negara jiran kerana ilmu berkenaan mudah, murah dan cepat dipelajari, sehinggakan banyak kes mangsa dihipnotis hanya melalui telefon.

Di Malaysia, kaedah hipnotis lebih popular dengan nama hipnosis dan kebanyakan orang menganggap hipnosis dan pukau adalah perkara yang sama walaupun sebenarnya ia berbeza.

Walaupun jenayah hipnosis ini semakin meningkat di Malaysia, ia tidak dilaporkan. Penjenayah menjadikan lokasi tumpuan awam seperti perhentian bas, stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mencari mangsa.

Mangsa dilihat secara sukarela mengeluarkan dan kemudian menyerahkan sendiri wang dan barang berharga kepada penjenayah hipnosis. Lebih mengecewakan, tidak ramai yang mahu melaporkannya kepada polis disebabkan 'kerelaan' sendiri.

Sudah tiba masa masyarakat didedahkan mengenai bahaya modus operandi baru penjenayah kerana tidak seperti kes samun, ragut dan rompak, mangsa langsung tidak menyedari dirinya dirompak sehinggalah selepas satu tempoh atau disedarkan oleh orang lain.

Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin, dalam seminar berkaitan hipnotis bertajuk 'Melihat Tanpa Dilihat' di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, baru-baru ini, berkata hipnotis, hipnosis dan hipnoterapi berasal daripada perkataan hypno yang bermakna tidur dan terapi bermakna rawat.

"Hipnoterapi adalah rawatan yang memerlukan pesakit ditidurkan. Hipnotis atau hipnosis adalah proses 'menidurkan' subjek, sama ada manusia atau binatang. Tidur dalam kaedah ini bukan seperti tidur biasa difahami awam, tetapi tidur dalam keadaan yang masih sedar.

"Menerusi kaedah ini, pesakit masih boleh berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya walaupun sedang tidur. Pesakit boleh mendengar, melihat atau merasa. Dalam bahasa mudah, seperti sedang bermimpi, tetapi dalam mimpi itu kita sedar, kita tahu kita sedang bermimpi. Ramai yang pernah bermimpi kencing, tetapi apabila tersedar memang betul-betul kencing! Penggunaan hipnosis amat penting dalam bidang perisikan, pemantauan dan pengesahan maklumat," katanya dalam satu pertemuan dengan BH, baru-baru ini.

Ramai menyangka ilmu hipnosis dipelopori Barat, sedangkan ia adalah ilmu yang dicipta dan dikembangkan orang Islam ketika Tamadun Arab dan selepas itu dibawa dan diterjemahkan ke bahasa Latin.

Kaedah hipnosis


Dalam pengajian Melayu dan Arab, hipnosis dipanggil 'Kaedah Tidur' yang dikatakan berasal daripada peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang diceritakan dalam surah Al-Israk (17: 1), yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Berikutan peristiwa itu, orang kafir Makkah menghasut orang Islam dengan mengatakan mustahil manusia boleh naik ke langit sehinggalah ramai yang murtad. Dikisahkan, Rasulullah diperintahkan untuk membuktikan manusia boleh naik ke langit, maka dikumpulkan orang (di masjid), kemudian Baginda duduk menyandarkan belakangnya serta meminta semua orang bertanyakan apa yang boleh meyakinkan mereka. Ramailah yang bertanya apa yang ada di sepanjang jalan antara kedua-dua tempat itu dan Baginda pula memberi jawapan yang tepat tanpa pergi secara fizikal.

Akhirnya mereka mengakui kebenaran Rasulullah kerana orang yang tinggal di situ pun tidak mampu menjawab berapa jumlah anak tangga masjid berkenaan. Golongan yang murtad kembali kepada Islam dan bertambah ramai orang kafir memeluk Islam.

Kaedah tidur sudah digunakan Ibnu Sina bagi membedah orang tanpa bius. Ketika zaman yang tiada elektrik dan sinar-X, beliau menggunakan kaedah ini untuk mengesan sakit dalam perut dan bahagian mana perlu dibedah. Alat pembedahan dan rajah anatomi badan yang dilukis diterima sehingga sekarang dan beliau mendapat gelaran Bapa Perubatan Moden.

Mengikut Islam, manusia terdiri daripada tiga unsur atau entiti iaitu jasad, nyawa dan roh. Analogi jasad kepada roh adalah seperti baju yang disarung ke badan. Badan boleh bertukar baju, begitu juga roh dan jasad. Semuanya ini dijelaskan dalam al-Quran. Nyawa telah sedia ada mengikut sperma, menjadi janin dan membentuk jasad. Sehingga dua bulan baru ditiupkan dan dimasukkan roh. Sebab itulah haram menggugurkan kandungan setelah berusia dua bulan.

Abdul Hamid berkata, roh boleh keluar masuk dari jasad, tetapi jika keluar nyawa, matilah jasad. Cara paling mudah untuk kita keluar dari jasad seperti yang diajar Rasulullah ialah dengan tidur, tetapi mengekalkan kesedaran kita.

Katanya, tidak semua mimpi pergi ke satu tempat itu mainan tidur, tetapi sebenarnya memang kita sudah pergi ke situ secara tidak sedar.

"Sebab itulah ia dinamakan kaedah tidur. Kajian dan analisis sains dan matematik moden yang dikembangkan Barat menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci. Pemikiran adalah sesuatu yang kita tidak nampak, tetapi ia diimejkan pada otak. Pemikiran manusia terbahagi kepada tiga peringkat utama iaitu sedar, separuh sedar dan bawah sedar (atau tidak sedar). Dalam dunia gelombang atau frekuensi, ia dirujuk sebagai peringkat gamma dan beta untuk sedar, alpha dan theta untuk separuh sedar dan delta untuk bawah sedar.

Kajian sains membuktikan perkara ini dan sekali gus menjadikan mimpi sebagai satu subjek utama dalam sains. Hipnosis dalam pengajian Barat tidak sampai ke peringkat roh keluar dari badan.

Pukau

Kaedah pukau berbeza dengan hipnosis. Pukau adalah sebahagian daripada sihir dan ia akan membabitkan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan.

Mengikut amalannya, makhluk halus (jin) akan masuk ke dalam badan mengambil tempat roh yang mana roh akan 'ditekan' ke bawah dan jin mengambil alih mengawal badan dengan menggunakan jasad.

Menurut Abdul Hamid, kesedaran subjek atau mangsa bergantung kepada tahap kekuatannya menghadapi jin berkenaan. Misalnya, 80 peratus menyebabkan mangsa sedar apa berlaku, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab itu subjek tidak sedar apa yang dilakukannya, seperti yang dapat dilihat dalam kes histeria dan rasukan.

"Berbeza dengan hipnosis atau kaedah tidur, ia tidak menggunakan sebarang bentuk bantuan makhluk halus seperti jin, tetapi boleh menggunakan bantuan lain seperti teknikal, muzik dan video," katanya.

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias


Comments
0 Comments

0 comments:

APABILA MASALAH DISELESAIKAN DENGAN MENCIPTA MASALAH



APABILA MASALAH DISELESAIKAN DENGAN MENCIPTA MASALAH

Terlalu banyak berita panas yang berkaitan dengan kekalutan rumah tangga tersiar di media hari demi hari. Antara berita paling panas semalam ialah isteri 30an yang ditemui bogel dalam rumah bersama teman lelakinya,19. Kedua duanya ditetak dan tangan lelaki itu hampir putus lalu suaminya ditahan polis. Satu lagi berita paling panas ialah isteri yang nekad memotong kemaluan suaminya yang sedang tidur sampai putus, hanya kerana isu poligami. 

Semua ini menunjukkan bahawa umat ini sedang berada dalam suasana yang amat panas (ramadh). Bersesuaian dengan ketibaan ramadhan ini maka eloklah kita berpuasa pada hakikat yang sebenar benarnya. Kali ini kami ingin kongsikan apakah yang harus kita puasakan selain dari makan dan minum yang muhkamat itu.

PUNCA KEKALUTAN UMAT 

Kecelaruan hidup adalah akibat dari kepincangan peraturan yang kita gunakan. Contohnya jika lampu isyarat tidak diguna di simpang empat yang sibuk, pasti para pemandu akan panas hati bila ingin melintas di persimpangan itu. Lebih panas lagi jika penggiliran lampu isyarat itu tidak adil atau ia tidak dipatuhi oleh pengguna jalanraya, pasti sering berlaku kemalangan pula. 

Begitu juga halnya dengan aturan agama dalam hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Apa yang berlaku hari ini telah menjadi tanda bahawa ada kepincangan dalam cara hidup kita buat sekian lamanya. Tidak habis habis kita dengar isu suami yang tidak bertanggungjawab, tidak pedulikan atau tidak adil terhadap anak isteri, juga isteri yang ingkar atau mengongkong suami, dan anak yang tidak menghormati orang tua. 

Kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup berkeluarga itu adalah gambaran syurga. Itulah “Rumahku SyurgaKu”. Ia hanya boleh dikecapi jika kita semua mempunyai peraturan yang baik dan saksama, di mana masing masing merujuk dan mematuhinya dengan redha dan sempurna. 

Aturan mengguna dan memelihara kereta Mercedes yang terbaik pastinya yang dibekalkan oleh Mercedes. Demikian juga peraturan hidup yang paling baik untuk diguna oleh manusia pastinya manual yang dibekalkan oleh Allah Pencipta kita. Tidak mungkin Mercedes boleh berfungsi dengan baik jika kita menggunakan manual Proton. Tidak mungkin juga kita akan sejahtera jika menggunakan peraturan yang diberikan oleh syaitan atau yang kita suka suka buat sendiri.

JALAN PENYELESAIAN


Sebagai umat Islam, kita semua tahu akan manual kehidupan dari Allah itu adalah yang terbaik. Tetapi kita sentiasa keberatan untuk mematuhinya dengan sempurna. Pada masa yang sama kita kata kita takutkan Allah, kita ini HAMBA Allah. Itulah punca dari segala kekalutan hidup kita dalam berkeluarga bermasyarakat dan bernegara. 

Daripada gejala sosial, zina, buang bayi, perceraian, jenayah, kekalutan politik sampailah peperangan saudara sudah menjadi biasa bagi kita. Ironinya, kita tidak pernah serik dan masih lagi mahu kekal dengan cara hidup lama yang kita buat sendiri atau yang disarankan oleh syaitan syaitan di sekeliling kita. Manual kehidupan dari Allah kita nafikan buta buta sahaja.

Dalam artikel semalam ada yang mengatakan seolah olah zaman dahulu, sebahagian dari kita atau orang tua kita tidaklah nampak macam Islamik sangat. Akademik tidak setinggi mana. Mereka tidak pakai mini telekung dan jilbab pun. Pergi sekolah pun selamba saja pakai skirt, tiada baju kurung pun. Artis zaman itu juga tidak kurang seksinya. Tetapi tidak pula dilanda pelbagai masalah seperti kita?

Sekarang ini nampak zahirnya sangat Islamik kata seorang pembaca. Di samping buku dan kitab yang banyak diterbitkan, banyak pula majlis ceramah di sana sini, banyak juga yang dirakam dan dipaparkan percuma di internet. Pelajar sekolah semua pakai baju kurung dan bertudung lingkup. Ustaz, Pak Haji, dan orang alim yang berijazah sangat ramai. Masjid juga banyak dan canggih belaka.

Hasil dari kajian kami berdasarkan kronologi jatuh bangunnya agama ini sejak dari kewafatan nabi SAW hingga kini ingin kami kogsikan. Secara logiknya kita semua tahu memang kegemilangan Islam itu telah lama luput dari kita. Semua gambaran tentang berakhirnya zaman kegemilangan itu telah Nabi SAW lakarkan dalam himpunan hadis akhir zaman. Semuanya telah jelas berlaku di depan mata kita. Generasi sebelum kita tidak begitu banyak gejala hanya kerana sedikit sebanyak lajakan agama dan kekangan adat sahaja. Hari ini semuanya sudah hilang fungsinya. Kerana itu kita jadi semakin hari semakin teruk.

Untuk kembali sejahtera dan menghapuskan semua kekalutan dan kesesatan ini, kita tiada pilihan melainkan kembali semula kepada aturan hidup kurniaan Allah. Untuk tidak sesat selama-lamanya, telah nabi SAW wasiatkan agar kita berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah. Kita wajib mematuhi titah perintah quran sepertimana yang telah ditauladankan oleh sunnah baginda.

Antara yang nyata telah kita ingkari dan perlu dipatuhi semula ialah saranan agama agar lelaki bersikap qowwam, tegas dan berilmu untuk memimpin keluarga (qs:4/34). Isteri dan anak nisak seharusnya kekal dirumah. Jika terpaksa keluar dan berhubungan dengan umum wajib menutup aurat, menjaga pergaulan dan ditemani oleh mahramnya. Anak dan Isteri diwajibkan taat pada suami/ayah mereka dan tidak berhak untuk berkecil hati atau berkata ‘ah’ selagi mereka tidak mendustakan agama.

Banyak telah nabi SAW jelaskan tentang golongan yang tidak akan mencium bau syurga. Antaranya ialah Lelaki yang dayus, iaitu tidak cemburu dengan anak isterinya, yang lalai dan tidak berilmu, tidak tegas untuk memastikan anak dan isteri mematuhi aturan Allah. Begitu juga isteri yang menuntut cerai, yang nusyuz terhadap suami dan anak yang derhaka terhadap ibu bapanya.

KESIMPULAN 

Dalam kedua dua kes yang dijadikan asbab artikel kali ini, jelas sekali tindak tanduk jahiliyah pada kedua duanya. Masalah telah diselesaikan dengan mencipta masalah lain. Itu tandanya kita semua sedang dikuasai emosi yang berdasarkan regim jahat syaitan.

Isteri yang terdidik dengan baik tidak akan tergamak memotong kemaluan suaminya biar setinggi mana kemarahannya. Kita tidak tahu apa lagi masalah di sebalik kemarahan sang isteri dalam kes ini. Namun terlalu banyak juga kes suami yang lalai, tidak adil atau tidak bertanggungjawab sedari awalnya. Terlalu banyak isteri dan anak anak yang teraniaya akibat dari poligami yang tidak menepati sunnah dalam mengendalikan keluarga.

Bagi kes isteri yang berselingkuh sedemikian rupa juga jelas sifat jahil kedua dua belah pihak. Sebelum ini pun telah banyak kami kongsikan hasil iqra’ dalam isu seperti ini. Suami seharusnya proaktif mendidik isteri dan anak-anak. Ramai suami yang terlalu percayakan isteri dan anak nisak sehingga mereka berpeluang untuk melakukan perselingkuhan. 

Hari ini batas aurat dan bergaulan dengan bukan muhrim sudah tidak dihududkan sejak awal. Padahal telah dijelaskan dalam quran bahawa pergaulan sesama mahram lagikan ada batasnya. Jika tidak dipatuhi maka ramailah ayah yang memperkosa anaknya, abang perkosa adik, datuk mencabul cucu bahkan beberapa hari lepas ada nenek yang dihamilkan oleh cucunya.. Nauzubillah.

Inilah hakikat neraka yang sedang melanda suami. Siapapun tidak boleh menafikan tahap marah dan merananya sang suami melihat isterinya berselingkuh, berbogel dengan lelaki lain. Ditambah pula dengan neraka penjara apabila tindakan menghukum tidak mengikut salurannya. Ini juga neraka dunia bagi isteri yang berselingkuh dan mencederakan suami. Kebahagiaan rumahtangga hilang sekelip mata. 

Masihkah lagi kita berani melanggar aturan Allah? masih mahu guna cara hidup syaitan atau ikut suka hati kita lagi? Jika demikian maka jelaslah kita memang ingin terus menzalimi diri dan keluarga kita. Jika masih ada yang terselamat dengan cara sendiri dalam satu sudut, pasti akan terjerumus di sudut yang lain. Jika masih selamat juga dengan cara kita, maka itu bukan satu jaminan, tetapi satu kebetulan. Yang terjamin keselamatannya ialah dengan mengikut aturan hidup pemberian Allah.

Mari berpuasa dari menelan segala sajian makanan dari syaitan. Mari bekukan dahulu cara kita, dan kita alirkan sungai ilmu dan perlaksanaan petunjuk dari Allah dalam rumah kita, agar ia benar benar menjadi syurga berupa taman taman ilmu. Mari kita tundukkan, sujudkan pokok pendirian kita kepada petunjuk Allah. Semuga api kepanasan (ramadh) ini tidak lagi memanaskan hati dan menyakitkan jiwa kita. 

Sempena Ramadhan nanti banyakkan membaca dan memahami alquran. InsyaAllah lailatulqadar akan menjelma dan kita akan kembali fitrah semula.

QS:36. Yaasiin 6. “Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.” 

Tips Munakahat,WARGA PRIHATIN


Comments
0 Comments

0 comments:

Ku Sangka Orang Gila


Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt


Comments
0 Comments

0 comments:

Hati-Hati!!! Jangan Dibaca Dan Disebarkan Hadis Palsu Fadhilat Solat Tarawih

 Kali ni nak kongsi Pasal Hadis PALSU... Bahaya kerana ia boleh menyesatkan orang ramai tanpa hujjah yang sahih, lagi-lagi buat pengtakliq buta tanpa menuntut ilmu atau bertanya pada pakar ilmu yang lain terutamanya pakar hadis...

Sila kongsi dan beri peringatan buat semua... AWAS!!! Jangan sesekali sebar hadis PALSU kerana banyak bahayanya... 


Kalau nak lebih puas hati lagi sila TONTON video di Bawah.. Insya Allah pencerahan ini akan membuatkan MINDA anda akan menjadi lebih MATANG kerana sel-sel OTAK LUAR BIASA sedang BERHUBUNG....


 




Comments
0 Comments

0 comments:

Kisah Pengakuan Penghidap HIV



Kisah pengakuan penghidap HIV

Mereka mahu diterima seperti insan lain. Walaupun dulu pernah melalui peristiwa hitam namun semuanya tidak harus dijadikan alasan untuk membiarkan mereka terus dipinggirkan hanya kerana kesalahan lalu. Ada pula menjadi mangsa keadaan disebabkan jangkitan daripada ayah atau ibu yang membawa virus HIV.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Bukan simpati yang diminta tetapi berilah mereka ruang untuk menjalani kehidupan normal. Fahami mereka, berikan dorongan dan usah disisihkan dek kerana stigma lama yang sukar diubah.

Andaikan anda berada di tempat mereka, pasti anda lebih memahami mereka. Ikuti luahan tiga penghidap HIV remaja yang mempunyai keinginan sama iaitu mahu masyarakat menerima dan tidak menghukum mereka.

Kisah 1

Orangnya ramah dan penuh berkeyakinan. Ketika kali pertama bertemu Azlan, 24, (bukan nama sebenar) kelihatan seperti lelaki normal yang lain. Tiada riak kesedihan atau kekecewaan pada wajahnya sebaliknya dia begitu teruja kerana dapat berkongsi pengalaman sebagai penghidap HIV sejak dua tahun lalu.

Menceritakan bagaimana boleh dijangkiti virus itu jelas Azlan dia sendiri tidak pasti kerana sebelum ini dia tidak pernah melakukan hubungan terlarang atau seks bebas. Cuma beberapa tahun lalu dia pernah dimasukkan ke wad dan menjalani pemindahan darah. Dia sendiri tidak pasti apakah itu puncanya. Namun semuanya bermula apabila dia yang gemar menderma darah dihubungi Pusat Darah Negara untuk datang ke sana.

"Sejak remaja saya memang suka menderma darah dan selepas kali ke-13 menderma, saya dihubungi Pusat Darah Negara meminta saya ke sana untuk pengesahan lanjut. Berdebar dan takut semuanya bermain di fikiran kerana kebiasaannya hanya individu yang menghadapi masalah saja akan dipanggil.

"Saya diminta menjalani ujian darah kali kedua kerana ada sesuatu yang meragukan. Selepas ujian dibuat hasilnya saya didapati dijangkiti virus HIV. Saya tidak percaya dan menganggap ia satu kesilapan. Namun, selepas dirujuk ke hospital hasilnya tetap sama - saya positif HIV.

Ketika itu terasa dunia menjadi gelap gelita. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Mengapa saya harus menerimanya bukan orang lain? Bagaimana masa depan, keluarga, kerjaya dan kematian yang semakin menghampiri," katanya yang mengambil cuti dua minggu untuk menenangkan fikiran.

Tanpa memberitahu sesiapa Azlan mendapatkan maklumat mengenai HIV di Internet dan dari situ dia mula memahami mengenai penyakit ini. Dia juga berkunjung ke Majlis Aids Malaysia untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bertemu dengan ramai HIV positif sepertinya. Dari situlah dia membina keyakinan diri dan belajar menjadi lebih positif.

Walaupun sehingga kini keluarga masih tidak mengetahui mengenai status dirinya, namun Azlan akan memberitahu mereka apabila tiba masa yang sesuai. Jika tertekan dia berkongsi masalah dengan rakan serumah serta rakan HIV yang sama.

"Memang tidak ramai yang tahu saya ada HIV termasuk rakan sekerja. Saya tidak mahu mereka ada persepsi negatif terhadap saya. Lagipun saya dapat menjalani kehidupan dan bekerja sama seperti orang lain. Lebih penting virus ini tidak boleh dijangkiti dengan mudah hanya menerusi pergaulan atau perkongsian barang," katanya.

Dia yang menjalani rawatan secara konsisten di Hospital Sungai Buloh mengakui proses rawatan bagi penghidap HIV adalah sangat penting. Ini kerana HIV berkaitan dengan sistem ketahanan badan, jika lemah bermakna penyakit senang dijangkiti melaluinya. Menerusi pengambilan ubatubatan secara berkala ia mampu menguatkan sistem antibodi seterusnya meningkatkan sel CD4 iaitu sel darah putih atau limfosit iaitu antara bahagian yang penting dalam sistem kekebalan tubuh manusia.

Azlan juga mengubah gaya hidup menjadi lebih positif secara bersukan dan mengambil makanan berkhasiat. Emosi turut memainkan peranan dalam kesihatan individu HIV positif. Sekiranya sering tertekan dan bersedih, paras CD4 akan menurun. Oleh itu penghidap HIV perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang dan ceria.

Bagi Azlan penghidap HIV juga sama seperti orang lain yang boleh menjalani kehidupan normal. Mereka boleh bekerja dan berkeluarga asalkan mendapatkan rawatan dan tahu cara mengelak daripada menjangkiti pasangan dan anak. Apa yang penting adalah kemahuan untuk berubah seterusnya menjalani gaya hidup sihat.

"Jika diikutkan tiada sesiapa yang ingin melaluinya. Namun kita harus berbalik kepada ketentuan, qada dan qadar Tuhan. Mungkin inilah cara kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika dulu amalan kita kurang atau langsung tidak pernah melakukan ibadat inilah masanya kita memperbanyakkan amalan solat dan membaca al-Quran.

"Kini saya lebih positif dan langsung tidak merasakan yang saya adalah penghidap HIV. Saya bekerja seperti biasa, bertemu pelanggan, membuat acara atau majlis untuk syarikat. Apa yang penting sentiasa positif dan mendapatkan rawatan berterusan," katanya yang menasihati remaja HIV supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai serta menjalani gaya hidup sihat.

Kisah 2

Memiliki wajah comel dan `jambu' membuatkan Azmi, 20, (bukan nama sebenar) sering menjadi perhatian di kampus. Mulanya Azmi tidak menyedari yang dirinya menjadi pujaan rakan sejenis sehinggalah dia dihubungi seorang pelajar senior yang ingin mengenali dengan lebih rapat. Dari situ bermulalah semuanya.

"Mulanya saya tidak menyedari mempunyai keinginan terhadap pasangan sejenis sehingga digoda teman sekampus. Daripada berkawan akhirnya kami menjadi kekasih sehingga kerap melakukan hubungan terlarang. Atas dasar sayang saya hanya setia kepadanya seorang namun saya tidak tahu rupanya dia sering bertukar pasangan sehinggalah suatu hari saya dihubungi Pusat Darah Negara yang meminta saya datang mendapatkan pengesahan selepas menderma darah. Ketika itu saya tidak menyangka sesuatu yang buruk berlaku.

"Namun apabila diberitahu saya mendapat virus HIV, saya rasakan jantung terhenti berdenyut seketika. Dunia gelap gelita. Saya tidak tahu kepada siapa tempat mengadu. Penyesalan datang silih berganti namun semua sudah tidak berguna. Oleh kerana tertekan dan sedih saya sering menangis menyebabkan saya jatuh sakit. Rahsia yang saya simpan selama ini terbongkar apabila saya terlantar di hospital. Keluarga sangat terkejut dan marah. Ayah dan ibu menangis beberapa kali. Berkali-kali saya meminta maaf dengan mereka dan berjanji menjadi anak yang baik selepas ini.

"Melihat keadaan saya akhirnya ibu bapa serta adik-beradik lain mula menerima dan memberikan sokongan moral. Mereka menghantar saya menjalani rawatan dan meminta saya menyambung pengajian sehingga mendapat ijazah. Pada masa sama saya juga mempunyai teman wanita yang begitu setia dan sanggup berkahwin dengan saya walaupun mengetahui saya menghidap HIV.

"Tetapi saya tidak mampu meneruskannya kerana bimbang masa depan di kemudian hari. Walaupun pernah terbaca pasangan HIV yang bahagia berkeluarga dan mempunyai anak bebas HIV namun saya masih takut dan tidak mahu menghancurkan masa depan orang lain," ujarnya kepada penulis.

Bagi Azmi penghidap HIV tidak perlu mendedahkan status diri kepada umum asalkan mereka pandai membawa diri untuk berdepan dengan masyarakat. Lagipun virus ini tidak boleh berjangkit dengan mudah, jadi untuk apa dihebahkan seandainya ia boleh mengundang persepsi negatif orang sekeliling.

Selain menjalani rawatan di hospital Azmi banyak bergaul dengan rakan HIV yang menyertai kumpulan sokongan menerusi laman sosial Facebook.

"Menerusi Facebook dan blog kami bebas meluahkan masalah, kesedihan hati dan berkongsi apa saja mengenai HIV. Keadaan ini berbeza sekiranya kami meluahkannya kepada insan normal lain. Apabila mengetahui ramai senasib dengan saya dan ada lebih teruk ia memberi semangat untuk terus hidup secara positif.

"Kini saya menyambung pengajian seperti biasa dan berazam mendapat keputusan cemerlang. Selepas tamat pengajian, saya mahu bekerja dan membalas jasa ibu bapa yang banyak berkorban selama ini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya mereka tiada," katanya.

Ujar Azmi masyarakat seharusnya mengubah stigma mengenai HIV dan menerima mereka seperti orang lain. Ada sesetengah penghidap menjadi mangsa dan ada disebabkan dosa hitam mereka sendiri.

"Saya meminta masyarakat jangan melihat kisah silam seseorang dan terus menghukum mereka. Ujian diberikan Allah ini adalah satu bentuk hukuman berat di dunia. Jadi terimalah kami sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat. Jika mengetahui keluarga, rakan, teman sekerja atau jiran menghidap HIV jangan dipinggirkan sebaliknya berikan sokongan supaya mereka terus berjaya dan membina kebahagiaan sama seperti orang lain," ujar Azmi.

Kisah 3

Melihat susuk tubuh dan penampilannya penulis tidak menyangka remaja ini adalah penghidap HIV sejak lahir. Ibu dan ayah Norlina, 18, (bukan nama sebenar) adalah penagih dadah dan sudah meninggal dunia 10 tahun lalu. Sejak dilahirkan Norlina dibesarkan oleh ibu angkat dan diletakkan di bawah jagaan Persatuan Pengasih Malaysia sehingga dia berusia 15 tahun.

Selepas itu dia diambil Persatuan Wahidayah Malaysia untuk menjadi sukarelawan serta ditugaskan menjaga bayi dan memantau pengambilan ubat-ubatan penghidap HIV di situ.

Ketika ditanya sejak bila memahami mengenai HIV, ujar Norlina dia baru saja mengetahuinya selepas membaca dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor. Sebelum ini walaupun menerima rawatan namun dia masih samar-samar mengenai virus ini serta kesannya terhadap tubuh kerana masih kecil.

"Sekarang pemahaman saya mengenai HIV lebih jelas kerana saya sering mengikuti program anjuran Majlis Aids Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Saya tidak rasa rendah diri kerana saya langsung tidak merasakan saya sedang sakit. Lagi pun sejak lahir virus ini sudah ada dalam badan jadi tiada bezanya dulu dan kini.

"Saya juga menjalani kehidupan normal seperti remaja lain. Saya keluar bersama kawan, membeli-belah dan menonton wayang jika ada masa lapang. Namun ramai kawan tidak mengetahui saya ada HIV. Untuk apa dihebahkan kerana mereka mungkin belum mengerti mengenainya," katanya.

Bagi Norlina penghidap HIV ada masa depan dan mampu menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih teruk adalah individu itu sendiri tidak ingin berubah disebabkan malu atau takut berhadapan orang ramai.

"Sepanjang 18 tahun bergelar penghidap HIV saya rasakan saya sama seperti orang lain. Apa yang saya lakukan adalah menganggap virus ini hanya singgah seketika di dalam badan. Saya juga tidak mahu terlalu memikirkannya. Lebih baik saya berfikiran positif serta memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada masyarakat.

"Pada masa sekarang jumlah penghidap HIV remaja lebih ramai berbanding dewasa jadi saya berazam mahu menjadi suara remaja bagi memberikan penjelasan mengenainya. Masa depan golongan ini masih jauh dan banyak yang perlu dilakukan untuk diri dan keluarga. Seandainya mereka tertekan dan sedih ia pasti mengganggu pelajaran, kerjaya dan keluarga," katanya yang sering mengikuti bengkel anjuran Majlis Aids Malaysia bagi meningkatkan jati diri dan latihan menjadi suara belia bagi HIV remaja.

Ditanya perancangan masa depan, Norlina yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, berazam ingin menyambung pelajaran dan memiliki sekurangkurangnya diploma dalam bidang tertentu. Ini kerana dengan pendidikan saja mampu merubah kehidupan serta menjadi inspirasi kepada remaja lain yang senasib dengannya.


Comments
0 Comments

0 comments:


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!